DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Saturday, March 28, 2009

PATS...HEADCOUNT...


ustaz n kak fiza sdg tekun mendengar taklimat...
lepas ni bleh la ajaq ceq..


yang mendengar tu bagus... yg bersembang dok belakang!!


Jom cikgu2 di selangor...
ingatkan dah tak jadi dah PATS n Headcount ...
jom kita dgr taklimat... jom..jom..
tmbah lg satu.. Pelan Strategik...
tapi yg pasti aku dah pening... x paham
penceramah tu pun cakap 3 hari dia bljr...
kami kursus 3 jam utk PATS n HEADCOUNT..
apapun, SYMP... ikut je la.. tanya2 la org..
SUKE?? Klik Like ^__^

Tuesday, March 24, 2009

Cikgu berpeluang juga ke??

Adik saya lepasan ijazah Kutkm ( Kej. Pembuatan -biasiswa KPM) baru ni mendapat twrn mengajar di Politeknik di Matang Sarawak... Walaupun jauh (kami di semenanjung), kena trima la kalau bujangkan... Yang menarik perhatian saya, pensyarah di IKM, Poli, IKM, ILP semuanya telah menerima satu skim baru,DH.. Kalau kita sebagai cikgu, skim DG. Start Jan 2008. Setahu saya, pensyarah di institut perguruan masih DG kot...Cuma saya nak tau(saya masih baru dlm bidang perguruan - 4thn), sbb kurang arif... Kita sebagai penjawat awam boleh tak memohon ke jabatan lain mcm POLi ke?? (kalau rasa berkelayakan laa... contohnya ada ijazah yg berkaitan). Ni saya sertakan ttg skim DH ni...

Takrif DH
DH adalah singkatan
Didik Higher
Higher Learning of Institution , Institusi Pengajian Tinggi

Skim DG
Skim lama , DG , iaitu Didik Guru
DG digunakan untuk semua guru sekolah
Universiti menggunakan skim lain untuk pensyarah mereka, DS

Oleh kerana pensyarah politeknik dan pensyarah maktab perguruan tidak
mempunyai taraf pendidikan dan tanggungjawab yang tinggi seperti pensyarah
univeristi maka pensyarah politeknik diberikan gred DG, iaitu gred yang sama
dengan gred untuk semua guru sekolah Kementerian Pelajaran

Skim DG digunakan untuk guru sekolah rendah, guru sekolah menengah
guru sekolah berasrama penuh, pensyarah maktab perguruan dan pensyarah politeknik

Skim IKM dan ILP
Pensyarah di Institut Kemahiran Mara , IKM , dan pengajar di ILP Insitut Latihan Perindustrian
mempunyai skim gaji yang tidak sama dengan skim DG kerana mereka berada dibawah
Badan Berkanun

Tangga DH

Skim DH memberikan angka tunjuk tangga gaji / jawatan yang sama dengan skim lama
Skim lama punyai tangga DG41, DG44, DG48, DG52 dan DG54
Skim baru punyai tangga DH41, DH44, DH48, DH52 dan DH54
Angka tunjuk adalah sama tetapi gaji bulanan tidak sama

Roadshow penerangan
Sehingga Nov 20 pensyarah politeknik belum diberikan
penerangan secara lengkap mengenai skim baru ini

Difahamkan JPA , Jab Perkhidmatan Awam, akan membuat sesi
penerangan melalui roadshow ke politeknik-politeknik sebelum akhir tahun

Pensyarah akan diberi pilihan samada ingin kekal dalam skim DG atau
menerima skim DH

Staf politeknik boleh : MENERIMA atau MENOLAK skim

Menerima skim bererti akan kekal dalam sistem politeknik
Menolak skim akan mengakibatkan pegawai dipindahkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia
Dalam kata lain pegawai akan menjadi guru di sekolah atau pegawai di JPN

Pekeliling akan dikeluarkan oleh JPA

Kenaikan pangkat tidak berasaskan kekosongan jawatan
Dalam skim DH pensyarah boleh meningkatkan tangga gaji dari
DH41 ke DH44 atau ke DH48 dan seterusnya sekiranya prestasi
baik

Sistem DG tidak membenarkan keadaan demikian. Pensyarah yang ditawarkan
jawatan Ketua Jabatan atau Ketua Kursus atau Timbalan Penagarah dan Pengarah sahaja
yang boleh naik tangga gaji dari DG41 ke DG44 atau DG48 dan seterusnya

Skim DH pensyarah boleh naik menjadi DH48 tanpa perlu menjadi Ketua Jabatan
atau Timbalan Pengarah

Jika staf merasakan diri sendiri layak
untuk kenaikan tangga gaji staf adalah diminta mengemukakan
permohonan

Pegawai yang merasakan dirinya layak untuk sesuatu jawatan dikehehendakki
mengemukakan pencalonan pada bila-bila masa sahaja, bukan perlu tunggu
hingga mencapai tahap gaji tertentu sahaja.

Syarat kenaikan pangkat
1 Sah jawatan
2 Capai tahap prestasi
3 PTK lulus
4 Cemerlang perkhidmatan
5 Diperakukan oleh Ketua Jabatan

+ harta isytihar, tapisan BPR, lepasi tempoh minimum perkhidmatan

Penilaian cemerlang perkhidmatan

DH 29-32 32-34 41/42-44 44-48 48-52 52-54
Teras Utama 75 70 65 60 55 50
Sumbangan ———————-semua 10———————————-
Kepimpinan 5 10 15 20 25 30
Pembangunan kerjaya ———————-semua 10 ———————————
……………………………………………………………………………………………………………………
Jumlah 100%
………………………………………………………………………………………………………………………

Tawaran dibuka kepada semua pensyarah politeknik
Guru sekolah teknik yang teknikal perlu pohon ke skim DH jika berminat
Pensyarah politeknik tidak berminat perlu pindah ke sekolah / KPM
sebelum 31 Disember 2007
GSTT akan dilantik pada 1 Jan 2008

E-SIS
Semua pegawai perlu kemaskini maklumat peribadi
di E-SIS selewat-lewatnya pada 31 Okt 2007

40 jam seminggu
Waktu kerja dalam skim DH

Cuti Tahunan
Tiada lagi cuti hujung semester atau mid semester
Setahun cuti 30 hingga 35 hari begantung kepada tempoh perkhidmatan

Tiada Time-based
Tiada lagi konsep kenaikan pangkat secara time-based


SUKE?? Klik Like ^__^

Thursday, March 19, 2009

Apa sdg saya buat pd pkl 2pagi??

lagi 7jam,periksa ptk...saya sdg jwb kuiz dari http://www.teachersrock.net/kuiz.htm#PTK%20(Kompetensi%20Umum)%20Khas%20Untuk%20DGA29,%20DGA32,%20DG41,N17,%20&%20N22
sambil...
>surf mcm2 webpage
>meriba & tenangkan anak (baby 2bln) yg demam+batuk+selsema
>tonton tv
mcm ni akibat org study last minute...
dah la 1st nak ambil...
SUKE?? Klik Like ^__^

Monday, March 16, 2009

2 orang heroku...

Inilah hero pertamaku... Nama penuh Muhammad Izz Rafiqin. Lahir pd 7/5/07 dgn berat 2.4kg.

gambar ni masa hari ke2
Biasalah... anak pertama susah sikit nak bersalin.dah 2 hari kt hospital, baru keluaq... perut plak sentiasa sakit..Tapi saya siap2 tidur2 lagi masa push baby...(nurse dah cucuk ubat apa ntah 4 jam sebelum tu...cakap suruh saya tido n berehat).tido kejap..push plak... apa lagi, asyik kena marah. Baby dah lemas... senang cakap saya sedar tak sedar time tu... so, baby kena tahan wad sbb lambat nangis...

gambar masa umur 2 bulan


sepanjang 3-4 bulan, dugaan betul menjaganya... memang kalah Ahmad Albab. Hampir setiap hari tak tidur... menangis je... bomoh,doktor... semua cakap takde apa2.. betul la kata orang, kecil2 jaga susah... bila besr senang nak jaga.. skrg ni dah berumur 1 thn 10 bln. ni gambar skrg.. tak berapa terbaru la.. lebih kurang la psl cerewet bab mkn.. berat pun gitu2 je naik... Cuma sejak dapat adik, byk wat perangai la... biasala...nak perhatian..



Ini pula hero ke-2 yang diberi nama Muhammad Izz Hafizie dan lahir dgn berat 2.4kg juga pada 8/1/09.

gambar masa hari ke 2

Bersalin anak ke2 mudah sikit la.. eh banyak gak.. pegi hospital pukul 6.30pm. masuk wad lbh kurang 8.30pm, sakit n air ketuban pecah pkl 9.30pm... 9.48pm bersalin.. kali ni barulah saya merasa dari awal sakit sampai ke sakit masa nak push... fuhh... ngeri (perasaan lepas berssalin).. tapi sekarang ni dok berkira2 bila pulak nak anak ke3... keh..keh.. lambat lagi kot...


Bab nak menjaganya... agak mudah berbanding abangnya... Masa dlm pantang, sgt2 best..tidoooorrrr je. kononnya taknak la ajar naik buai.. habis je time pantang.. dia sudah tunjuk perangai la.. telinga nipis.. bunyi pen jatuh pun bangun... apa lagi, abang dia suka la nak wat bising.. nanti baby nangis, suka la dia.. apa lagi.. terpaksala cari buaian lagi satu (lebih mudah nak urus,tapi penat kena kendong sampai 2,3 jam, ayun je..)camne pun, rasa bersyukur sgt tak sawan tangis cam abang dia... pengalaman yg agak sukar tuuu.. yg kedua ni masih mahu tidur mcm baby lain.. dia ambil 30% je kot perangai abang dia(saya siap suruh kawan yg tunaikan haji berdoa depan kaabah supaya anak yg ke2 lebih mudah bersalin n dijaga). skrg ni masih tidur sejak 5 jam yg lalu.. (dah bgn utk menyusu)...

gambar ketika berumur 2 bulan

Harapan saya semoga mereka membesar menjadi anak yg soleh, bertaqwa kpd Allah...

SUKE?? Klik Like ^__^

Sunday, March 15, 2009

Cuti sekolah...

assalamualaikum..
Bermula lagi cuti sekolah... seminggu.. kali ni saya tak balik kedua-dua kampung macam selalu..
hari Khamis ada PTK. Selalunya mesti balik kedah n t'ganu.ye la.. baru adil.Rumah mertua saya ni di kg tok jembal. sbrg takir.kuala terengganu.kali ni kami balik, dok hujan..hujan..hujan.. sejuk oo.. rumah ni tak jauh dari pantai..(bapa mertua saya nelayan).sekarang ni masih belum habis musim tengkujuh. jadi bila dah hujan angin ni,ombak besar.So,takdela ikan n sotong fresh dapat saya balik ke klang.. suami saya siap bawak balik tong ikan tau.. takde rezki.. selalunya seminggu la ombak besar.. tapi masa bulan 12 thn lepas, setelah berpuluh tahun rumah mertua saya ni tak banjir, thn lepas banjir plak..so, saya masa tu megandung 7 bulan siap bersampan dengan anak sulung saya. di sini macam pesta. sebelah kampung ni, kerja2 menambak pantai utk besarkan airport. sistem perparitan pun tak elok lagi, sebab tu banjir kot.. tapi mak mertua cakap, air dari dalam tanah. entahla... tapi tahun lepaskan pantai timur banjir besar.. suami saya kata, pernah banjir besar (banjir + air laut..) dulu.ok la..nanti kalau sempat saya post gambar.. kalau tak hujan la.. hujan ni, susah nak keluar...
SUKE?? Klik Like ^__^

Sunday, March 8, 2009

artikel pertamaku...

assalamualaikum..
he...inilah artikel pertamaku..
melayari internet...ya hobi saya sjk ting 5. kawan ajak chatting, saya pun chatting.. ikut orang je..
tapi skrg btl2 berkesempatan jadikan hobi sebenar..
bila dah 'bertenet' ni...macam2 kita tahu.. betullah dunia tanpa sempadan..
apa nak tengok,apa nak baca, apa nak tahu.. click je..

banyak cerita, pengalaman orang.. nak belajar, nak beniaga, semua boleh...
kagum tengok website orang, blog.. terfikir pulak.. betapa ketinggalannya aku di zaman cyber ni..
friendster la.. facebook, ym..
so, terdetiklah saya untuk publish blog ni... (sebenarnya saya tak pasti langsung apa konsep/tema untuk blog saya ni.. )
apapun,mungkin ini hanyalah permulaan untuk 'orang baru' seperti saya..
dengan harapan dapatlah blog ini jadi wadah untuk apa saja.. luahan hati, cerita2 saya, kongsi pendapat..apa saja.. dan mungkin juga menjana pendapatan.. jadi peniaga internet barangkali (alang2 berblog, biar buat duit... macam pernah baca je). ruang masa utk ke alam maya ni pun tak seberapa... curi2 masa je time anak2 & suami dah tidur...

Oleh kerana ini artikel pertama saya.. manalah tahu ada yang tersinggah n terbaca, bolehlah tunjuk ajar.. tukar pendapat atau apa saja.. mungkin tentang DUNIA GURU,ISTERI & IBU.. (itulah dunia saya).. apa sahaja tentang pengalaman anda... cerita anda.. saya juga berminat dengan apa sahaja berkaitan MOTIVASI.. CINTA.. PERNIAGAAN INTERNET (baru nak belajar... ada yg sudi??) SINETRON (he...he...) dan apa saja yang 'sihat' dan positif. macamana nak manage blog ni pun saya tak sure la.. apapun, salam kenalan dari saya buat semua...
SUKE?? Klik Like ^__^
Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute