DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Saturday, October 31, 2009

Gaza War (in cartoon)

sumber : e-mel

 
 
 
 
 
 
 
 
nama pun dah xde benda nak post...
ambil dari emel lama... he...



SUKE?? Klik Like ^__^

Tuesday, October 27, 2009

JOM SAMA-SAMA RISAU...

sebenarnya hari ni nak bincang psl topik yg serius sket la...
asyik mengarut je... syok sendiri plak tu!
entry ni nmpak NEGATIF je... tp ambilla intipati POSITIF disebaliknya...
hanya suarakan kebimbingan saya akan generasi akan datang... (termasuklah anak2 kita)
apa yg dipaparkan adalah dari pandangan saya ttg kebanyakkannya... BUKAN SEMUA!
*
*
*
semua dah maklum kot... yg saya ni kan seorg guru 
( sekolah rendah)..
so, berhadapan dgn kanak2 lagi.
sekolah saya ni saya kategorikan sebagai sekolah yg 
murid2nya lemah dalam akademik...

sejak dua menjak ni timbul kerisauan yg menebal 
(mmg sblm ni risau gakk)
kenapa???
pasal anak2 kita ni la...
di sekolah saya hampir 100% melayu ( sebenarnya ramai juga yg ibu @ ayah @ dua2 skali adalah dari seberang)... 
kiranya mcm sekolah antarabangsa la! ha... ha...
ye la.. psl mentaliti...disiplin... sikap
sebenarnya saya kesian pada budak2 ni... 
ye la. bukan salah diorg pun...
hidup pada zaman IT la katakannn...  byk cabarannya...
ni topik yg mmg TAK LAPUK ni selalu jadi topik 
guru2 lama @ baru...
jadi bukan hanya saya dok gebang hal2 ni...
*** 
MENTALITI... very low...
apa yg buat saya bimbang??? banyakkkk...
ni citer dalam kelas...  antaranya...
- "cikgu, saya tak bawa buku. malam tadi saya dah letak... bla.. bla..
-  " cikgu, buku hilang!" ( setahun 3,4 kali)
-  tak tau bila cikgu bg 'homework' tu, kena buat kat umah... n bawa utk bincang pd kelas seterusnya.
nak jumpa 2,3 org yg buat pun susah!
-  "cikgu, hari ni nak belajar ke???"
- " cikgu, nak garis tepi??" ... 'cikgu, selang tak?"... 
" cikgu, salin semua ke?"...
inilah antara situasi yg hampir setiap hari kami guru2 di sini selalu berdepan.
buku mmg dah macam belacan...
mungkin bagi anda ni msalah remeh... kalo hampir setiap hari macam ni, remeh ke??
pernah saya tanyakan budak2 ni... ibu bapa ada tak tengok2... 
check buku...
boleh dikatakan TIADA...(bukan semua)
sbb tu tak pernah nk buat homework! 
takde rasa takut, inikan pula kesal...
sebenarnya, byk lagi... berjela-jela kalo nak type semua.
bimbang dengan sikap budak2 ni. pelik pun ada...
sikap ingin bersaing untuk berjaya hampir tiada...
berapa kerat sangat yg ulangkaji pelajaran kalo lagi
seminggu nak periksa!
kadang2, 1/2 jam pertama kelas hanya utk kawal mereka...
marah... mmg wajib! bagi motivasi... buka minda mereka...
cerita itu... cerita ini... nak bagi diorg nampak hidup 
masih panjang...
biar nampak masa dpn!
cikgu nak melangkah keluar je... habis semua! hilang...
bertempik bersorak bila 'line dah clear'...
nak buat apa lagi??? nak menjerit marah???  nak 'angkat tangan' ??
pekakkan telinga, kalo tak darah tinggi  nti!
biar cikgu seterusnya settle...
nak marah... mmg tak habis2... 
*
*
*
kalo bab pengurusan diri plak... sangatla mengecewakan...
cikgu2 tahan bau je...
tp saya kesian gak sorang budak ni...
masa tu hari isnin... saya mmg ajar sorg budak ni face 2 face..
ala2 pemulihan (dlm kelas biasa)
tp tak tahan dgn baunya... baju mmg sure tak basuh...
saya tanya, mak tak basuh baju ke??
dia jawab, "tak... mak cakap sabun takde."

kesian jugak...mmg budak ni 
duit poket pun takde!
*
*
*

crita bab kasut... dah mcm tak rupa kasut!
baju? tudung??
apa crita kalo sanggup berbaring atas lantai...
sanggup tak berkasut dari bilik muzik nak balik kelas...
berlari macam kena kejar lembu... nak lawan siapa sampai dulu!
sanggup berkubang dalam lopak dek kerana semangat PJ 
(padang sure berlopak kalo hujan)
bagus mmg bagus la.. semangat kesukanan... masa belajar takde plak nak pulunnn camtu!
mmg betul kanak2 umur gini sangat aktif... 
tak reti nak jalan... lari... lompat...
hentak kaki kuat2 dan tersengih bila nmpk cikgu dok tengok dia..
jumpa cikgu bukan nk bagi salam... "hai cikgu!"
bercakap dgn cikgu bagaikan bersembang dgn kawan2 dia je...
( yg ni mmg selalu berlaku...diorg mcm tak tau batas kot... 
kena sopan... kena hormat cikgu)
*
*
*
bab disiplin diri...
kena risau la... budak2 ni terlalu terdedah la...
apa yg mereka taktau??? semua dah tersedia tanpaa sekatan...
media massa... teknologi...
anda tak bimbang ke kalau berlaku kes2 ni disekolah...
- tulis, lukis gmbr, isyarat lucah... chit chat lucah (balas2 surat)...
mana diorg belajar ye???
bila diselidik... mereka pernah menonton vcd lucah abang punya, ayah punya...
sebab tu la suruh eja 'twenty' pun tak betul, tp nak tulis tut..tut... tut..tut...tutttttt...(mmg kena banned la)
tau plak dia... (siap ada tulis bunyi-bunyian...)
budak ni mmg slow... mmg dia tak tau apa dia buat tu TAK ELOK, TAK SOPAN...
ada juga kes bila tanya ibu bapa, ayat camni keluar...
"betul cikgu... saya simpan elok2 vcd tu... anak saya takkan jumpa!"
dah sah2 mak ayah dia pun tengok... dah tinggal 1 rumah, belek2 lama2 jumpa la!
IBU BAPA...TOLONG PANTAU ANAK2 ANDA!!!
bab vcd lucah ni, mmg byk kes... 
djh 2,3 pun tau... siap bawa ke sekolah pun ada...
*
*
yg tak bestnya... ada crita (sekolah tu sgt dekat je...)
jumpa 2 budak lelaki darjah 5.. bertelanjang bulat...  
dlm tandas...
buat apa??? nak cerita pun malu...
paham2 sendiri la... lelaki sama lelaki...
bila tanya, tengok kawan sekolah menengah...
buat camtu... diorg pun buat la..!
@#$%%^&*@
-seorg murid perempuan... dah pernah 'buat' dgn abg angkat...
ni murid sekolah rendah tau!!!
bukan nk membuka aib... cuba fikirla... takut tak??? bimbang tak???
*
*
*

bercintan-cintun... biasa la tu! sinetron kan byk...  
gadoh sbb nak rebut pakwe makwe...
apa nak kata???

*
*
*
mmg benda NEGATIF je saya type kann... kalo benda +ve, takde la saya cakap yg saya bimbang!
anak2 saya masih kecil... saya terfikir, macamana mereka nanti...
membesar dalam alam siber... zaman open minded... zaman penuh cabaran!
kita dulu pun sekolah... kenapa tak macam tu???
setiap hari berhadapan dengan suasana yg sama...
cikgu pun dilayan seperti'kawan2 dia je....'
mana hilang santunnya... (subjek sivik pun dah ada!)
*
*
*
tapi sebagai guru, kenalah ingat... tanggungjawab kita sebagai pendidik...
bukannya asyik nak hayun rotan je! dah kena report polis baru nak gelabah...
yang ni lagi satu... kita kena la tunjukkan contoh yg baik pada mereka...
cikgu pun suka mengelat!!! (time mengajar bwk budak menonton video)
senang la keje! budak2 kan belajar dari persekitarannya... dah cikgu pun buat!
*
*
*
masalah disiplin murid...
bila dok selidik2....
kebanyakkan budak2 bermasalah ni dtg dari keluarga yg bermasalah juga!
SALAH SIAPA???
baca ni...

Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata ibu bapa serta orang-orang di sekelilingnya sentiasa di dalam pemerhatian anak-anak tanpa kita sedari.
Gaya didikan ibu bapa dan persekitaran rumah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap awal anak-anak. Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.
Nilai-nilai yang terbentuk sejak awal tidak mudah untuk diubah melainkan jika ibu bapa menerapkan nilai-nilai ini setiap hari secara konsisten melalui aktiviti harian biasa. Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama anak-anak. Tugas ini tidak boleh diambil alih oleh sesiapa pun.

Dan sebagai manusia biasa,saya tidak terlepas dari perasaan marahhh....

tapi, kena kawallah... kalau tak dah lama muka saya terpampang kat akhbar kot!
tahun pertama menjadi seorang guru, mmg susah nak kawal perasaan marah...
bising sikit.... marah... melenting! tgn pun sama naik...
saya plak masih belum ada anak masa tu.(org kata kalau kita ada anak kita lebih memahami kanak2 ni)
jadi tension je bila dtg sekolah... dengan tekanan pihak sekolah... mau tak melenting...
tp makin lama, saya lebih memahami murid2 saya ni...
barulah faham sket dgn pelbagai perwatakan anak2 kecil ni...
merka juga tidak sunyi dari perasaan hiba.... melalui kasih sayang, belaian dan cara komunikasi yg berkesan dapat meneguhkan perwatakannya.
***
sebagai seorang guru, kami boleh 'membaca' dan mengagak sama ada suasana kanak-kanak itu dibesarkan dalam suasana yg baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau samada kanak-kanak itu datang dari keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan yang memungkinkan tidak banyak keperluannya dipenuhi.
So,bg mereka yg suka marah2 ni, ni ada tips sket....
-Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.
-tegurlah dgn lembut dan kasih sayang.
-apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, so... duduklah... sekiranya duduk, maka bersandarlah... insyaAllah kemarahan akan reda... 

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  • (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  • (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  • (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  • (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
*
*
*
so,berbalik kepada isu generasi akan datang ni...
tak kiralah anda ibu bapa ke,cikgu ke... kena sama2 jalankan kewajipan kita dengan sempurna...
ingatlah semua amanah yg diberi ini kelak akan dihisab... 
ingatlah - setiap kelemahan dan kekurangan adalah ujian buat kita!
~TERPAKSA STOP SEKARANG~





SUKE?? Klik Like ^__^

Saturday, October 17, 2009

TERTIPUKAH AKU??

tragis betul la hari jumaat lepas...
betul2 hangin la dengan budak2 ni...
kreatif bab2 nak menipu cikgu!
suruh belajar... tak nak!

*
*
*

al kisahnya... semalam...
kringggggggg...  tau dah... masa 12pm ni.. kena masuk 4P...
memang lemah... lemah betul nk masuk kelas ni.
mesti tensenn... 1/2 jam habis hanya utk suruh diorg duduk n diammm...
malas2 pun, dek kerana tanggungjwb, saya kuatkanlah smgt utk melangkah...
sblm tu, sempat menyapa kak ti yg dtg awal ke sekolah sbb ada meeting...
awal la sbb sesi ptg start pkl 1 pm.
"pija ada kelas lagi ke?" tanya kak ti.
" ada. dok kumpul smgt la ni... asyik kena psiko yg budak2 tu...
nak kena membebel je..." jawabku lemah.
sambil melangkah perlahan, dari jauh nmpk 4 org murid 4P berlari-lari...
"cikgu2, cpt... huzaifah mengamuk. dia gadoh dgn asbullah.".
sorang lagi ckp... " cikgu, asbullah tendang dada pak din".
sorang lagi... " pak din talipon mak dia.mak dia nak dtg...".
saya pun berlari cemas... sblm naik tangga, dtg lagi menderu2 3,4 org budak.
"cpt cikgu, diorng gadooo..."
sampai je kat muka pintu kelas aras 2 tu,
super hero kelas 4P memberi khabar panik..
" cikgu, asbullah tertelan pemadam... huzaifah buat"...
mcm nak pitam dengar... terbatuk2 saya dibuatnya...
satu mcm punya rasa... macam org mengandung 2 bulan...
pening2 n nak muntahh...
kelas dah mcm kedai kopi... ada yg melepak smbil kunyah chewing gum...
ada yg lari... berbelas-belas org dtg nak laporkan kat cg dia ni...
"diammmm...duduk!". jerit saya.
mau tak kalut... muka asbullah ala2 yg ala2 tercekik tulang ikan...
yg lain sibuk bercakap gakkk... macam2 versi citer keluar...
kelam kelibut... btl2 macam pasar...
"cikgu, asbullah ckp dia dpt telan air sket je..."
tgk huzaifah kt blkg dgn muka ala2 incredible hulk...
mmg mengamuk sakan le tu...
biasalahh... cikgu ni mmg GABRA orangnya... 
" macamana yg bleh tertelan pemadam? besar mana?"
budak ni tak jawab ponn... ye la.. ala2 tercekik kannn...
"pegi muntah, turun pegi muntah..."
dgn muka ala2 tercekik biji durian, dia melangkah selamba...
yg paling sibuk, super hero tu la...
punya la ramai jadi pengiring.. 5 org dok sibuk ikutt...
gabra tau.. gabra... ye la, macam2 kes skrg ni...
kalo jadi apa kt budak2 tu camnoo... nanti masuk surat khabar...
cikgu ni juga yang kena! kalo mati tercekik pemadam, camne???
cikgu, mak pak din dtg...
sempat dia call mak dia ngadu si asbullah ni tendang dia...
stlh berbincang... mak budak ni pun dah fahamm...
"sakit sikit je... dtg nak tgk je... manja cikgu.."
setelah periksa2, takde la yg cedera...
tapi mmg geram dgn asbullah ni... byk kali dah suka sgt tendang org... 
"cikgu, saya balik la.. takde apa2 la tu... nak pegi keje balik..."
*
*

" cikgu, tak keluar... "  suara konco2 budak tercekik...
saya tanya besar mana pemadam...
4,5 org ni plak yg dok sibuk2 jwb...
"cg, pemadam stabilo yg pjg tuu...".
 pjg ni le kott...

dah... sorang budak tu pun bwk la pemadam ala2 gini gakk...
"pjg ni cikgu..."
dlm hati... biar betul pjg tu!
kalut...mmg kalut...
setelah bbrp kali saya suruh asbullah muntah, mmg hampa psl tak keluar..
takut plak dgr... "cikgu, mmg tak keluar... darah keluar la..."
konco2nya bgtau... 
ala.. darah2 lagi... uwek2...uwek... saya plak yg lebih2 nk muntah...
sbb dok terbayang... uwekkk... 
saya tanya btl2 kt budak tu... besar mana sbnrnya..
so, budak tu menunjukkan isyarat separuh kt pemadam yg diberi...
meh ikut cikgu... saya tarik tgn budak yg tercekik tu..
dia menangis... "apsal.. cpt la nk pegi jumpa guru besar ni... nk bwk pegi hosptal ke..."
"cikgu, dia nk saya ikut ..." so, ikut la sorang geng dia.. sapa lg.. si bising la.. edhzam...
jumpa kat yam... " camne ni kak yam... tercekik pemadam"
"ya Allah... tadi kak yam tinggalkan kelas, elok aaje... cpt2 bwk pegi pn faridah.."
so, bila bwk pegi pn faridah... budak tu ala2 nk muntah bila saya tekan dia punya tengkuk..
"ha.. pegi muntah..."
pn faridah pun senyum je... "saya kan fiza dah penin dgn budak2 ni..."
sekali dia citer psl mslh keluarga daa... tp mmg simpati la juga...
ye la.. dtg keje pun hati tak tenang.. sekolah pun mcm2 hal kann... mslh kt umah lg..
"macamna puan.. kena bawa pegi hospital... takut saya tertelan2 benda ni.." tiba2 kak yam masuk...
kt luar, ternampak GB." cikgu, camne ni.. tertelan pemadam plak... "sambil tunjuk kt budak tu... 
"kelas mana??? 4P ?? heh.. mcm2 la budak ni... buat pertolongan cemas la.."
slumber je GB... saya mmg tak abih2 gabra... GB buat gaya ala2 bongkok2...
ye la.. yg gaya nak bantu org tercekik tu... 
eh, mana la nak reti... GB teruskan dgn urusan dia... mcm tak berapa peduli...
adus... camno nii... suruh budak tu turun kt bilik kaunseling..
sblm tu, semua guru yg terserempak nampak la kekalutan dan kegabraan saya ni...
Md Duan... "pija, anak murid ko ni...  tercekik pemadam... bahaya tu...
kena bawa pegi hospital..."
bertambah2 gabra...
sempat tgk kelas dari jauh... dah mcm pesta... seronoknya diorg memekik n main2 dlm kelas...
pegi bilik kaunseling... bbrp org cikgu sempat lagi interview budak tu...

nmpk sorang cikgu lelaki, surh dia buat ala2 pertolongan cemas...
pun tak keluar juga..
sempat gak mr. F cakap kt budk tu..
"ko pegi belakang... pegi muntah.. apa tunggu lagi??
terhegeh2 kat sini... 
kang cikgu tendang bontot kang... 
dlm hati saya... apsal aku sorang je yg gabra??? 
"pija, rasanya dia guna HELAH BELA DIRI tu... dia kan buat org tadi..."
saya ttp gabra... mungkin la.. tp ada saksi nmpk.. 
dtg lagi, budak tu cakap tak keluar...
nmpak macam ok plak budak ni...
tak ke hospital pun, last2 masuk kelas yg memang dah huru hara...
mcm2 suara... "eh, nti ko kena buat pembedahannn..."
"cikgu, bwk pegi scan cikgu... eh, x-ray cikgu. nti boleh nmpk..." 
"ko telan pemadam hitam mcm ni kan???"
serabut dengar... yg si tercekik ni tak ckp apa dari tadi...
"eh, ke awak tipu cikgu..."
sapa yg nmpak...
tiba2 takde saksi! 
saya tgk edham... "eh, cikgu... saya cakap saya nmpak huzaifah tendng asbullah masa minumair,
saya tak ckp nampak dia tertelan pemadam..."
eh.. tukar  kenyataan plak...
so, mmg takde saksi...

tiba2 kak L dtg... ketua kaunselor...
"ha, skrg pemadam tu kt mana?? "
dia tunjuk kt dada tengah... 
setelah menggunakan skill2 seorg kauselor, tiba2 budak ni jawab...
"masa saya minum tu, saya rasa mcm tertelan sesuatu.."
boleh tak dia ckp, tak tau pemadam ke apa??
eh... hangin betullll!!!!
saksi mmg dah takde... ada plak kenyataan baru... 
masa minum air, huzaifah cekik dia...
tadi ckp, tendang... entah mana satu betulll
"mana boleh awak telan pemadam... jgn tipu ye...
awak pegang pemadam sambil minum air ke??? sapa nmpk huzaifah sumbat..."
semuua cakap tak nampakk!! 
last2, saya suruh sorang budak beli kuih kegemaran budak ni...
nk tengok la bleh telan makanan tak..
dah dpt, mkn la dia dgn gaya slow2..
"boleh telan???"
budak tu angguk...
tiba2 sorang murid bersuara...
"oh... asbullah lapar rupanya..."
ish.. tertipukah aku???  
sebnarnya ada kelegaan dalam hati...
ye la... kalo betul, takot wooo... 
gabra pun dah ilang sket...
90% saya yakin dia tercekik air... ha..ha..
sbb dia taknak ngaku juga...
dia cakap tertelan sesuatu...
tp berdoa la juga moga2 semua tu tak betul!
saya masih GABRA... 

tertunggu2 la jugak hari isnin ni...
nak tau apa jadi...








SUKE?? Klik Like ^__^

Friday, October 16, 2009

JoM kita renungkan...

salam... dah lama tak update blog.
cerita2 pun dah basi... asyik tergendala je...
tadi taip lain... post entri lain... 
oleh kerana hati pun tak tenang, jom kita renungkan entri ni...
coretan ini sekadar perkongsian yang saya cedok dari sahabat blogger, mr. azlan.
juga ingatan untuk kita semua termasuklah saya...
*
*
*
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut hari lahir.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak





Renungkan:"Adakah kita semua memberikan penghargaan yang tinggi atas segala pengorbanan yang telah Mak berikan? Adakah kita selalu kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah. Mak bukan nak didampingi setiap masa tetapi sekadar bertanya khabar dah mencukupi baginya kerana suara kita amat bermakna baginya. Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi jika Mak sudah tiada..........walau sebanyak mana duit kita ada, dah tak boleh nak hantar pada mak lagi....walau secanggih mana telefon yang kita miliki...takkan dapat mendengar suara Mak lagi.....MAK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang menyembahyangkan JENAZAH ibunya......


Jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang. 
ketika ibu telah tiada …………
Tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita
Tak ada lagi senyuman indah ... tanda bahagia.
Yang ada hanyalah kamar yang kosong tiada penghuninya,
Yang ada hanyalah baju yang digantung di lemari kamarnya.
Tak ada lagi yang menyiapkan sarapan pagi untukmu makan, tak ada lagi yang rela merawatmu sampai larut malam ketika engkau sakit...
Tak ada lagi dan tak akan ada lagi yang meneteskan air mata mendo'akanmu disetiap hembusan nafasnya.

Kembalilah segera ….. peluklah ibu yang selalu menyayangimu ..

Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik diakhir hayatnya.

untuk semua sahabat...
sayangilah ibu bapa kita dengan sepenuh hati..
berikanlah pelukan kasih.. 
hargailah setiap pengorbanan mereka..

bahagiakanlah hati mereka selagi diberi kesempatan bersama mereka..
doakan kesejahteraan hidup mereka didunia dan akhirat...
semoga kita  tidak tergolong dikalangan mereka2 yg dah lupakan ibu bapa mereka..
p/s : bila last call bonda anda ye??

 


SUKE?? Klik Like ^__^
Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute