BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar
biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh
bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan
raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin
dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas
bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa
itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila
motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran
persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari
sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang
abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah
belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan.
Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46,
kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar
dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Kubang Kerian, Kelantan.
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua
untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah
beku tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi
ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal
memang tidak ada,” katanya.
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas
dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur
tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam
bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang
dituturkan Noraini.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak
tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia
menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur
dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut
dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa
yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton
cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut
dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang
ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di
HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga
menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan
kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai
doktor.
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur
bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat
Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak
keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu
standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa
Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’
dan ‘ayah’.
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang
langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan
bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia
hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula
selepas menunaikan solat Subuh.
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila
bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya
boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi
pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan
bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang
dialami.
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca
televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi
apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham
makna bahasa berkenaan.
Jalani rawatan alternatif
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi
anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan
alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh
dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini
akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar
ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia
mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat
dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) di sini.
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif
untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana
dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan
rawatan.
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.
Belajar cara marketing FB di sini --->
KLIK SINI
SUKE?? Klik Like ^__^