DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Saturday, April 7, 2012

Peluang Berbisnes Cara Dropship ~ Mudah & Jimat

Assalamualaikum... Lebih kurang 2 bulan tak menulis apa-apa di blog ni. Wah, ada cerita disebalik kesibukan yang melanda semenjak 2 menjak ni... Almaklumlah baru mencuba dunia baru, bisnes internet!!!

Alkisah, saya hanya terbaca satu post dari rakan FB yg saya tidak kenal sama sekali (time tu suka add orang sesuka hati untuk tambah kenalan). Postnya tertulis " Mungkin rezeki anda di sini... LINK". Di situlah bermulanya detik perkenalan saya dengan bisnes dropship...Alhamdulillah, memang rezeki tambahan saya apabila klik. Tidak berpatah balik :)

Sebenarnya bisnes dropship sudah lama bertapak di Malaysia. Cuma, dalam beberapa tahun kebelangan ini, bisnes ini menjadi perhatian mereka yang ingin berjinak-jinak dan belajar menjana pendapatan sampingan. Ianya melibatkan pembekal, pengedar dan pelanggan. Bagi yang belum tahu apa itu bisnes cara dropship, jom kita lihat gambar kat bawah ni supaya lebih jelas.


Menariknya, bisnes dropship ni menjimatkan wang dan masa. Anda sebagai pengedar tidak perlu simpan stok, hanya perlu promosi, promosi dan promosi...  Segala urusan pembungkusan dan penghantaran produk yang dipesan pelanggan akan dilakukan oleh pihak pembekal. Mudahkan?

Untuk mendaftar sebagai dropshipper sesuatu produk, kebanyakan pembekal mengenakan yuran pendaftaran, yuran bulanan dan sebagainya. Lebih menarik, ada juga yang menawarkan perkhidmatan percuma!!! Contohnya di sini ---> DROPSHIP PERCUMA.
Dari segi produk pula, ada pembekal yang menawarkan satu jenis produk sahaja (contoh pakaian muslimah) dan ada juga yang menawarkan pelbagai produk.

Persoalannya, benarkah berbisnes dropship mampu menjana keuntungan? Bagaimana mencari pembekal yang bagus? Bisnes dropship yang FREE ada tak??? He... Saya akan kongsikan pengalaman saya setelah beberapa bulan menyertai bisnes cara dropship ini di entri yang akan datang...

p/s  : Bila tak tahu, kita bertanya... kita belajar... Saya juga berbisnes untuk belajar. Rupanya ramai yang tak lokek ilmu. Cuma jangan tertipu dengan PENIPU INTERNET yang mengambil kesempatan. huhu...


SUKE?? Klik Like ^__^

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute