DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!
Showing posts with label DUNIA daku. Show all posts
Showing posts with label DUNIA daku. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Pelajar Dari Terengganu Tiba-Tiba Boleh Bercakap Bahasa Korea Selepas Terjaga Dari Tidur

 

BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
 
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
 
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
 
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
 
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
 
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
 
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
 
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
 
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
 
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
 
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
 
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
 
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
 
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
 
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
 
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
 
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
 
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
 
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
 
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
 
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
 
Jalani rawatan alternatif
 
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
 
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
 
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
 
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
 
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.
 
Kredit ---> Sumber asal

Belajar cara marketing FB di sini ---> KLIK SINI

SUKE?? Klik Like ^__^

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 2433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 yang singgah di blog DUNIAKU DUNIAMU...
Alhamdulillah... masih diberi nafas dan kudrat untuk meneruskan tanggungjawab di muka bumi ini.
Sejak bermulanya persekolahan, makin sibuk la cikgu pija. Dalam kesibukan menguruskan hal persekolahan dan rumah tangga, seronok pula bila berpeluang belajar sesuatu yang baru dalam internet. TAMBAH PENDAPATAN dengan BISNES ONLINE. Terisi juga la masa daripada melayan FB secara sia-sia.
Ok... saya nak kongsi kedua-dua bisnes online yang mula mendatangkan hasilnya :))
Bisnes Jangka masa panjang
Bisnes Droship

Kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri. Kita cerita kemudian ye!

Tujuan sebenar saya menulis entry ini ialah untuk mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua UMAT ISLAM... Dalam kesibukan kita mengejar kesenangan, kemewahan, keseronokkan dunia... semoga kita semua tidak pernah lupa asal-usul kejadian kita... Kita tidak memiliki apa di dunia ini. Semuanya hanya pinjaman... Tidak perlulah kita sombong dengan kekayaan dan kemewahan yg kita miliki di dunia ini.

Dalam pada kita mengejar nikmat dunia, sama ada sedar atau tidak... kadangkala nikmat itu menyebab kita semakin jauh dari landasan hidup seorang mukmin. Saya memperkatakan tentang diri saya sendiri... Astaghfirullahal'azim... Semoga Allah Mengampuni Dosa-dosa dan kelalaian saya di atas kelemahan diri sendiri.

Jika direnungkan... berapa kerapkah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad? Cukupkah hanya dengan berselawat ketika bacaan tahiyat di dalam solat 5 waktu? Adakah kita hafal keseluruhan selawat nabi berbanding lirik lagu kegemaran ?

Sempena kedatangan 12 Rabiulawal 1433H ini, semoga kita dapat tingkatkan kekerapan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w... Allahumma Solliala Saidina Muhammad... Marilah kita memperingati pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan syiar Islam... Mempraktikkan dan mengikut sunnah-sunnah Nabi Muhammad dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah...


Gambar di bawah ni saya edit untuk tampal dalam buku ringkasan mengajar :)



Salam Maulidur Rasul.

p/s : Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yg suka mendengar nasyid dan selawat. Secara tak langsung, kita turut dapat berselawat ke atas nabi sepanjang perjalanan di dalam kereta...  Selawat juga boleh menjadi terapi, Betul tak??? Sebab kita akan rasa tenangggggggg....
SUKE?? Klik Like ^__^

Sunday, November 27, 2011

Manfaatkan waktu online kita!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Buat Muslimin Muslimat ,Salam Maaf Hijrah dari saya...Semoga hidup kita lebih diberkati pada tahun ini dan tahun2 mendatang... Yang kurang kita sama-sama perbaiki dan berazam tingkatkan amalan2 sunat...

Saya bukanlah pakar dalam bidang internet mahupun bisnes online. Rasanya pengetahuan saya dalam kedua-dua bidang ni cuma 20% walaupun saya selalu menghabiskan masa terluang dengan melayari internet. Cuma saya merasakan alangkah membazirnya masa melayari internet tanpa menjana sebarang pendapatan pun!!!

Rasanya hampir semua pengguna internet mempunyai akaun FB ataupun twitter kan??? Kadang-kadang berjam-jam habiskan masa untuk bermain game FB. Kalau sekadar nak tenangkan fikiran, ok la... tapi kalau dah sampai 'demam game'... 'super duper' rugila!!!

Di Malaysia, pengguna internet mencecah 17juta orang!!!

Jadi, rasanya kita boleh manfaatkan peluang ini untuk menambah pendapatan!!! "Macamana nak bisnes online, produk pun saya tak ada". Betul... nak bisnes apa kalau produk tak ada... Apa kata kita jual produk orang lain, jadi tak perlu nak simpan stok banyak-banyak...  betulkan???

"Boleh laku ke jual kat internet ni??"  "macamana nak buat promosi, satu ilmu marketing kat internet pun saya tak tahu" "saya tak ada masa nak uruskan bisnes saya setiap hari..."


Betul. Bukan semua orang ada ilmu marketing di internet... termasuklah saya sendiri... Jadi saya nak kongsi satu platform perniagaan online yang telah tersedia kesemuanya!!! Sistem yang HEBAT ini disediakan percuma oleh pakar online marketing untuk digunakan secara PERCUMA!!!--->  Klik di sini untuk lihat.

Sebenarnya, ramai yg mampu menjalankan perniagaan online, tapi mampukah kita menarik trafik ke web kita??? Ketahui kenapa anda perlu memilih bisnes yang mampu mengrevolusikan perniagaan kita dan mampu membina mengembangkan rangkaian perniagaan ---> Revolusi Online Marketing




p/s  :  Alhamdulillah...Perniagaan saya semakin berkembang... Sertai team saya di sini. Ejen negeri diperlukan... KLIK sini untuk daftar ... --> DAFTAR
SUKE?? Klik Like ^__^

Tuesday, November 22, 2011

Saya Buat Bisnes Maqui la...

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Illahi...
Di atas kurniaan rezeki dan limpahan rahmat kepada kita semua...

Dah lama rasanya tak menitip sesuatu di blog kesayangan saya ni...
Agak sibuk sedikit menguruskan bisnes baru...

Pada mulanya, memang saya ragu-ragu untuk menjalan bisnes secara online ni...
Bukan ragu-ragu pada bisnes ni sebenarnya, tp ragu-ragu dengan kemampuan diri...
Network marketing... apa yg saya tau???
Setakat nk buat blog... tahu la...hee...
Selalu terfikir nk buat bisnes online... tp takde produk...
Nak jual apa... kalau ada produk, laku ke setakat promosi kt blog & FB??
Tapi, setelah meminta petunjuk Allah, saya rasa kita perlu mencabar diri...
Hari-hari saya online... berjam-jam
Buka FB, tengok aktiviti kawan2
Status tak update pun...hihi...
Kini, saya bersemangat nak online tiap2 hari dengan matlamat...
Tak sia-sia... Tak bazir masa... 
Boleh tambah pendapatan lagi...
Tak pyh jumpa orang... tak pyh nak pergi kursus network marketing...
Semuanya depan PC... Dapat training online PERCUMA!!
Tak pyh tinggal anak2 saya 3 org ni... yg kecik2 lagi ni...

Jadi, saya sarankan pada kawan-kawan untuk bersama-sama saya join bisnes ni...
klik utk daftar percuma... 
daftar free... terus dapat web promosi + autoresponder
Kalau rajin promosi, silap2 dpt RM50... dengan modal RM0
Nak tahu lebih lanjut... sila klik di bawah ini...
(jangan lupa daftar free utk dapat sistem yg hebat ini!!!)






daftar sekarang 2 Pictures, Images and Photos

SUKE?? Klik Like ^__^

Wednesday, November 9, 2011

Kita sama-sama belajar...

Assalamualaikum...
Hampir 3 bulan tak menjenguk blog...
Berkarat dahhh.... huhu...

Kerja tak cari pun ttp datang... heee...
walaupun sibuk... masih terselit rasa seronok dengan dunia kerjayaku...
Ya, saya sedang 'menikmati' kesibukan dunia guru dihujung2  tahun ni...
tapi tetap gembira!!!
Banyak rancangan waktu cuti nanti... heee....

Alhamdulillah... 
Kalau dulu pernah rasa stress... bosan... menyampah...
Betapa besar rahmatNya Allah kurniakan padaku... Bahagianya...

**sebenarnay sibuk dengan 3 permata hati ni... heee

p/s :  Semoga kita semua sentiasa positif, ceria dan BAHAGIA!!!

SUKE?? Klik Like ^__^

Monday, June 20, 2011

HARI-HARIKU SIBUK KEMBALI...

assalamualaikum...
wah... lamanya x update blog
busy2... buat-buat bz pun ada!
bila sekolah dah bermula, mulalah stress...huhu
sakit kepala pun dah dtg... makan pun sempat, tp badan makin naik! camno tuh??



semester ke 2 persekolahan... semakin aktiviti kat sklh
skrg ni sibuk dgn sukan tahunan
rasa berbeza segalanya berbanding di tempat lama...
dari segi cara kerja pun berlainan... 
"lain padang, lain belalang"
mmg betul... psl padang kt sini cantik!! heee...

paling penat dgn kerja2 dokumentasi... kerja2 pentadbiran...
senangnya kalau setakat mengajar, tanda buku, datang koko 
katanya, itu cikgu2 dulu... cikgu skrg mana boleh macam tu...
cikgu skrg kena kreatif... inovatif...  ( setuju! setuju!)
terima perubahan dengan positif (setuju! setuju!)
tapi kalau beban kerja semakin lama semakin bertambah 
kerja pentadbiran sampai kena bawa balik rumah...
sampai tak tahu nak buat apa... xtau nak mula mana dulu...
.... meluah perasaan lagi... STOP!!!
cerita anak-anak... yang semakin membesar
semakin bijak... semakin aktif... 
fuhhh!!!!

Abang Izz Rafiqin skrg rajin... dah pandai membaca perkataan 2 suku kata
Bacalah Anakku buku 4... menulis pun dah OK
banyak perubahan sejak pergi tadika...

Abang Izz Hafizie... semakin aktif! banyak akal...
kadang2 suka bagi mama marahhh... hehe...
sabaqqqq... sabaqq....

yang si kecik comel ni... 
tak padan dengan x merangkak n duduk lagi...
tp pantang nmpk meja kerusi nk berpaut... berdiri memanjang... siap lepas tgn...


mummy penat sudaahhh... mau beradu...
assalamualaikum semua... sblm tu tgk la apa link yang dishare kat bawah ni...


p/s : NAK PERGI HONG KONG   <-- klik

SUKE?? Klik Like ^__^

Tuesday, June 14, 2011

CARAKU KENDALI STOK SUSU...

assalamualaikum...
apa khabar kawan2 mayaku??? kalau bleh blogging tu, kira sihat la tu... :))
harini saya mc...kurang sihat... kalau pergi sekolah, bertmbh stress...
berehat di rumah je la kannn...
lepas maghrib tadi baru telan ubat, bleh masak... 
dinner pkl 10pm (sambal sotong tu...) ngadap skjp nk update blog...
ok... semalam x cerita hal2 stok EBM ni...
jom nak cerita sket camne ceq buat stok EBM...
 READ more / less


 sebelum tu jom tgk sket gambar stok2 susu ibu2 eksklusif yg ceq amik dr google image...

dahsyatkann??? sangat gigih... tabik springggg!!!
sebab tu la kena sokong ibu yg menyusu ni...
yang paling penting... BERSYUKUR dengan NIKMAT ALLAH...
nikmat air susu yg x pyh nak beli kat mana2 kedai punnn... kann???

stok susu saya??? emmm... xmacam tu la...
paling byk pernah buat 30 botol camtu jee...
ada juga kawan2 kt sklh yg xpernah ada stok pun tp berjaya dgn full BF sampai 2thn...
perah harini.... utk minum esok... stok pun sikit2 je...
bila anak dah start makan, taklah byk sgt dia minum kt rumah pengasuh tu kan???

macam saya sendiri... sebulan sebelum mula bekerja ( dalam pantang ) dah start pam...
saya memang takde jadual khusus... buat je bila free...
tp elokla kalau korang ada jadual perahan... lg bagusla...
try la blogging kt blog2 ibu eksklusif...
bleh cari senarai ibu menyusu (byk blogger) kat sini --> IBU-IBU HEBAT

actually, cara nak simpan stok Expressed Breast Milk (EBM), try la cari kat sini...
EBM INFO

banyak info dari cara nak simpan... nak panaskan EBM pun ada...
juz nak share ttg maklumat2 penting dalam kendalikan EBM ni...

** sejukkan susu perahan di bahagian bawah peti sejuk ( tidak beku )...bila dah sejuk baru pindahkan ke bahagian freezer (beku)
** lebih baik susu disejukkan bahagian bawah daripada beku sbb susu yg dibekukan dikatakan hilang separuh dari khasiatnya (tp masih lebih baik dari susu formula!!)
**katakan anda perah 4 botol pada hari ini... masukkan 1 botol di bahagian beku dan turunkan 1 botol ke bahagian bawah. Means 4 botol yg nak diberi kepada pengasuh tu = 3 botol susu fresh + 1 botol stok beku. baru la nutrien sehari2 seimbang... ok! 
**susu beku yang sudah cair hanya boleh guna dalam masa 24 jam dari masa ia mula mencair!!!


ok... itu je nak share harini...
bleh la tinggalkan komen nanti ye...
yang cik abang pun elokla baca2 psl penyusuan eksklusif ni...
sbb tanggungjawab seorang suami...

TANGGUNGJAWAB SUAMI
1) sokong isteri utk direct feeding baby anda...
kalau tak boleh direct feeding selalu sbb bekerja....
2) simpan susu perahan... beli la apa yg patut... pump yang ribu2 ke...
deep freezer ke... heee...
kalau tak boleh juga....
3) carikan ibu susuan utk anak
haa... jgn cari ibu baru sudah la... hehe...
kalau tak boleh juga... barulah step seterusnya!
4) bagi la susu kambing ke lembu... (susu formula)
susu kambing lebih baik dari susu lembu...kan??kan??

ok... pinjam kata2 ni... SHARING IS CARING!!!

ok... inilah antara baby eksklusif...



atas : Qaisara ( puteriku )
kiri : Insyirah ( anak adik - syakiroh )
kanan : Khaleesya ( anak sepupu )

saya juga BF Mommy peer counselor ( tak bertauliah... sendri lantik hee...) utk mummy Insyirah n Khaleesya

P/S : NAK JADI CANTIK JUGA!!!   <-- KLIK

SUKE?? Klik Like ^__^

Monday, June 13, 2011

BREASTPUMP PILIHANKU...


alhamdulillah... hampir setahun saya susukan Qaisara secara eksklusif...
ekslusif ok... full breast feeding
anak ke-3 baru la buat dik non!!! mmg rugi...
rasa kesian pada putera2ku yg 2 org itu...
tapi kali ni baru ready... ya... kena ready dulu
pada yang nak cuba susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja... tp bekerja...
cari2la ilmu... tanya2 la mereka yg sudah berjaya...
xsusah, tapi perlukan pengorbanan yg sgt besar!
'susu ibu adalah makanan terbaik utk bayi'
sgt byk kebaikannya... byk blog ibu2 hebat yg ketengahkan hal2 ini...
ask Google ok!

kali ni saya juz nak smbg2 sket ttg pam yg saya guna
&
cara saya kendali stok EBM


setelah tanamkan niat utk susukan baby, saya baca2 ttg penyusuan eksklusif ni...
dah niat... dah faham... ada ilmu...
yang bekerja, mestilah fikir nk beli pam...
saya gunakan 2 jenis pam...
tp mula2 saya guna pam manual je... selama 6bln
jenis... medela harmony...economic!
yg ada duit ribu riban... beli yg rm2000+ la kannn...freestyle laa...
the best la! ringan, mudah kendali sbb parts sikit... lembut pada 'B' anda...
sambil tgk tv, nk jalan pegi dapur pun bleh pam...
xpyh nk cari plug...
harga lebih kurang rm190 gitu la...

kdg2 saya guna pam spectra 3
mmg menjadi pilihan ibu2 bekerja... economic juga...
tp 2nd choice saya la... psl saya suka guna yg manual kt atas...
masa mengepam pun sama je...
meh kita tgk pam spectra 3
 
ye...besar la sket... berat dlm 1.4kg
rm 360 gitu la harganya...
tambah sket duit, bleh dual pumping...


nak beli kat mana???bercambah kedai online... cari2...survey harga...
n survey pakej2 yg menarik...
ok... cerita pam je tu...

migrain mcm dah nk start balik...
kena stop dulu ( 11.50pm)



SUKE?? Klik Like ^__^

Wednesday, June 1, 2011

APA CERITA CUTI KORANG???

Cuti... mmg seronokkk!
relax dari kerja rutin biasa...
semuanya lupakan sementara...

time cuti mesti la balik kampung...
balik ganu la... kampung sblh suami
time tengah2 thn ni mmg seronok kalau balik ke sini...
musim mencandat dok meriah...

on d way nak balik kampung, lencong sket la jalan ke kelate...
ke pasir mas, rumah sahabat lama semasa kt klang dulu...
sekrg ngajar kt Jeli...
esoknya ke Kota Bharu pulok... umah sahabat suami masa kt maktab
nak jadi cerita, saing (kawan) dengan kawan saya tadi...
rupanya saing satu sekolah kt Jeli tu...heee...

lps makan malam kt KB, kami bertolak ke ganu...
sebuah perkmpungan nelayan... area sbrg takir... area pantai ketapang...
dekat2 kustem... itulah Kg TJ...
hee... Kmpg Tok Jembal...
betul2 sebelah airport

pagi selasa tu, kami tunggu trip abe Yus & the gang balik dari trip 3mlm...
trip pegi mancing dh tukar jd trip candat...
sbbnya sutung lagi meriah memakan umpan candat...
ikan katanya kurang...
abe yus ni pun kwn suami dari klang... yg dh mengajar kt ganu thn ni...
diorg pegi 5 org je... sewa bot pun dh rm3000+ katanya...
plus awok2... pakmertuaku... anak sedara n kak ipar... ramai la jadinya...
selalunya trip abe yus dekat 20 org... ni kira sikit benorla...

tu dia bot sudah sampai... 8pagi time ni...


sempat lg posing... nampak x bot kecil nk pegi amik nelayan2
tak sejati tu... hihi...



abe yus yg semangat sokmo nak wt trip mancing n candat...


mat yo b'gambar dgn tenggiri yg ditewaskan oleh abg botak... hee.. budak kecik ni ikut trip tu...


jual sket sbb dapat 3 tong fiber ni... tak larat nak 'makan' semua...


sebahagian ikan yg dpt... kerapu pun byk... ni ikan kecik2 la...


ni ikan abe yus...


1 tong ikan n 1 tong sotong utk 4 org yg terus nk blk klang...


nk buat sutung kering... hariku berbau sutung... hihi

thn dpn katanya trip ke laut dlm lg...
tp sampai pelantar minyak... cerita thn dpn la...

stop la dulu... nk lunch dgn sutung n ikang...hehe...

sebelum tu... berbalik pd tajuk...
APA CERITA CUTI KORANG???



SUKE?? Klik Like ^__^

Saturday, May 21, 2011

CORETAN PERTAMA 2011

Dalam kegelapan... pukul 12.31am... 21/5/2011

Sudah lama tak berblog... rasa kekok pun ada....
Perasaan rindu kian memuncak... mlm ni kena juga type sesuatu.. huhu

tahun 2011 bermula di tempat baru.. tp dinegeri kelahiranku... Kedah Darul Peace!
rutin harian makin sibuk... maklumlah tentera dah 3 orang... kecil2 lagiii...



tahun ni pula mama abahnya sesi berbeza... mama pagi, abah ptg...
akur je la... kita masih baru...
kena pula mengajar murid tahun 1 untuk 3 kelas maths...
Tahun 1... bukan senang wooo... 1 kelas 40 org, haru biru...
tp tanggungjawab ttp kena laksanakan...
terima dgn hati yg tertutup... oppsss... terbuka.... hihi
kalau nak diikutkan, mmg tak berapa nak ada cikgu yg nak ajar thn 1...
dah mcm pengasuh pun ada... fhm2 je laaa...
mmg respect kt kakak2 kt sktg dulu... mmg sampai pencen jd cikgu thn 1

yg tambah tensennya bukan apa... tahun pertama KSSR dilaksanakan...
tuuuu diiiaaaa... hanya cikgu2 thn1 seluruh malaysia yg tahu...
buat rancangan pengajaran pjg berjela...
bila baru... fhm2 je la...
dah 1/2 thn berlalu... taktau lg cara yg btl menilai budak2 ni...
maklumla taknak memberi tekanan peperiksaan...

tahun 1... KSSR... + lg 1 ni... LINUS plak dahh
yeaahaa... btl2 serabut...
byk benda2 baru kena bljr... cara nk control murid pun kena bljr...

mmg sgt busy hidupku ini...
tp hari2 smpt buka fb... (wpun x update status pun)
masa kt sklh lama... rasanya tak tensen mcm skrg...
tp bila dah masuk bln 5 ni... dh kurang stress...
dh pandai sket bhgi masa...
alhamdulillah...

rasanya, setakat ni je kot...
hrp2 dpt update tiap2 hari la...
ok... assalamualaikum semua!


SUKE?? Klik Like ^__^

Thursday, November 18, 2010

MEMORIKU DI SKTG...


walaupun rasa macam bermimpi... tp bila cubit rasa pedih...
bila jatuh rasa sakit... bila mandi, basah jerukk (betoi ke ni?)
oh, inilah kenyataannya!

akhirnya ucapan tahniah terpacul dari mulut cikgu besar (berbadan kecil)
permohonan utk bertukar ke kedah akhirnya berjaya setelah 4,5 kali mohon...
bukan senang nak masuk kedah... tp thn ni nmpknya secara besar2an la...
kt sklh 4org yg minta kedah semua dapat...

alhamdulillah... plg penting, suami pun berjaya coz prmhonn bersama...

keputusan keluar pkl 6.15am 15/11/2010 yg lalu
walaupun msg2 excited dok tggu dari 12tgh mlm... hehe
17 org mohon pindah tahun ni... 12 org berjaya

bila tak dapat, rasa sedih...
bila dah dapat, macam2 pulak difikir...
perasaan pun dah mula bercampur-baur...

saya sgt sedih dikala ini...
apa n siapa yg bakal saya rindu... memori di SKTG & warga SKTG

















semoga persahabatan kita berkekalan...


sumber gambar: hasil cilok di fb hajime kindaichi, mazhaniza & koleksi peribadi...



SUKE?? Klik Like ^__^

SAYA SUDAH FENIN LAA...

ingat nak tukar header baru...
tp bila dah lama tak edit2 html ni,mcm tak reti plak rasa...
dulu masa panas2 lg berblog... selalu gk tempek code2 kt html...
try itu ini...
bila semangat berblog dah suam2 kuku,kureng la sket...
bila dah sejuk gedi, terus malas la...
skrg ni mcm teringin la balik nk cari mood baru

kalau tukar template,mmg ssh sket...
takut hilang segala widget n gadget...
wpun ada cara, xmaula fenin2 lg...
takut terkubur terus smgt berblog dek krn tu...
tukar sket2 je la... yg 1st,tukar headerla...

so,proses nk cipta header utk org2 yg xbrp celik IT ni...
tmbh plk dgn kekangan masa...
alasan biasa... isteri & ibu...
memakan masa la sket...
nk plk benda2 free...
so, download pic edutor yg free je la... haha...
nantikan je la... jd ke tak jadi...
bila nk tukar...xtaula...
dok cari size header dlm code2 tu,xjumpa...
haha... sbb sblm ni mmg dok edit size2nya...
fenin... fenin...

SUKE?? Klik Like ^__^

Thursday, November 11, 2010

KENA TUKAR DULU KOT...



salam wrt...

semangat ni naik turun...
semangat apa?
semangat apa lagi...berblog la...
rasanya kena buat sesuatu pd blog yg sedia ada ni...
nak buat blog baru??? sayang la plak...
nak tukar template lain... takut hilang byk widgets, gadgets,links ke...
walaupun ada cara, selalunya x menjadi...
xmau amik risiko...
nak kena touch up dulu kot...
yang pastinya,
HEADER kena tukar...
baru install free pic editor mlm td...
free jeee... tp nmpk ok la... byk bleh edit...
susun atur gadget2 n segala bagai ni...
nak kena deco2 sket... nmpk serabut sgt...
bila?
cuti sekolah kan panjang...

*
*
*
*
*****
***
*

mood ...

DAPAT PINDAH KE TAK??
DAPAT PINDAH KE TAK??
DAPAT X??

mood NAK MAKAN

ayam golek asmara...








SUKE?? Klik Like ^__^

Monday, November 8, 2010

SETELAH 3 BULAN...



Assalamualaikum...
ada sikit semangat nk type post baru, kena terus mulakan...
kalau tak, blog pun mcm dh nak terkubur jee...
sejak ada FB, minat nak berblog berkurangan sikit la...
tp semangatku tak lunturlah lagi....

3 bulan berlalu sejak saya melahirkan anak ke-3 pada usia 28thn...
cepat btl masa berlalu... dan cpt btl beranak pinak...hee...
alhamdulillah atas rezeki yg dikurniakan Allah buat saya sekeluarga...
dalam masa 5 tahun usia perkahwinan saya, kini 2 putera dan seorang puteri menjadi penyeri rumah tangga saya dan suami...
walaupun kami menunggu hampir 2 thn utk menimang anak yg pertama...
syukur dengan apa yg ada kini....

Inilah puteri Nur Qisya Qaisara...

**skrg kena dakap je... manja sungguh**

walaupun ini kelahiran yg ke3, tp inilah kali pertama saya memberi penyusuan ibu secara eksklusif... (sedih juga sbb saya tiada kesedaran utk berbuat begitu pada abang2 qaisara)
rupanya tak la susah nak menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya...
walaupun kita bekerja... terlalu byk kebaikan beri susu ibu sahaja tanpa perlu campur susu formula... rakan2 blogger pun byk cerita psl kebaikannya... jd bleh la tya encik google kalau nak tau lebih lanjut...

tp sedih la pulak... maybe stok yg disimpan terpaksa terkorban jee...
terpaksa dibuang sbb terlebih...
pada mulanya, bila baca entry kwn2, kebykkannya simpan stok yg berlambak2
rupanya selagi kita dapat bg yg fresh, itu lebih baik (yg simpan 1-3 hari je di bahagian tidak beku)
lagipun qaisara pulak minum tak kuat... saya pulak kerja separuh hari je...
plg byk qaisara mnm 2 botol (10 oz) kdg2 5 oz je... agaknya sbb dlm botolkan... babykan lebih suka direct feeding...
saya smpn stok susu (EBM) masa dlm pantang...
bila dah bekerja ni... lgsg tak buat stok beku... sbb tak terguna...
skrg dah bln 11... bbrp hari lg dah cuti sekolah
ada kemungkinan permohonan nk tukar dapat... jadi habislah stok beku saya...
kalau tak dapat pun, pastinya sepanjang cuti saya di kedah n terengganu...
mcmana nk bwa balik... lgpun bila bersama baby, direct feeding je la...



*stok yg bakal dibuang*

takpelah kann... lgpun separuh khasiat susu ibu dah takde pada susu ibu yg beku (tp ttp lebih baik dari susu formula tau....)
saya harap, production susu tak berkurang la...
kalau dapat pindah, saya tetap kena buat stok beku...
Ya Allah, semoga aku dapat berikan air susu yg penuh khasiat ini sehingga qaisara berumur 2 tahun... Berikanlah aku peluang utk menggunakan nikmat yg Engkau kurniakan ini sepenuhnya pada anakku... Amin...

Macam menjadi insan baru pun ada... rutin harian pn dah lain sikit... anak2 yg kecil 3 org... walaupun sedikit kelam kabut, tp semua tu semakin meneronokkan...
Anak2 mengajar kita utk lebih matang, sabar, bersyukur, tenang, hepi... semakin hari rasanya hidup semakin baik... dan yg paling penting, rasa lebih dekat dengan Allah... syukur Ya Allah...

Pada sahabat2 yg belum cuba, cubalah utk bakal anak anda yee... ( penyusuan eksklusif)
adik saya yg baru bersalin pun sedang menyusukan sec eksklusif utk bayi pertamanya... walaupun byk dugaan dan cabaran, ingatlah, susu ibu adalah yg terbaik utk baby kita...

ok... setakat ini saja... ada kelapangan, adalah entry baru...
wassalam...

SUKE?? Klik Like ^__^

Saturday, August 21, 2010

PANTANG... PANTANG SANGAT LA!!!

tak mau type panjang2... takut x publish...
nanti tak berupdate plakk (walaupunnn ...)

*
*
*

hari berpantang arini masuk ke 22
tapi mama dah tak bleh tahannn...
bosan sangat laa...
so, arini melanggar pantang...
sudah pegi Jusco...
shopping2 utk baju raya anak2...
opppsss...
time tu BF my lil princess..

salammmm...

SUKE?? Klik Like ^__^

Monday, July 12, 2010

SAY YES TO BF... NO TO FM!!!



soalan untuk ibu2 di luar sana???
apa yg korang sibuk2 amik tahu masa 1st pregnt dulu???

kalau mcm saya...
byk baca ttg perkembgn baby dari mggu ke mggu...
so, beli buku 40 mggu nan indah...
tak pernah nak ambil tahu & nak tahu psl pentingnya penyusuan susu ibu
yg tauu... bagi susu ibu n campur la dgn susu formula...
senang la bila dah kerja nanti...
kita tak susah... pengasuh tak susah...
macam2 jenis susu kat pasarannn... mahall or murah... pilih jeee..

setakat tu je fikir... excited nak sambut 1st baby...
beli baju... segala kelengkapan baby termasuklah botol2 susu...

mak pun dah pesan... ajar anak minum susu formula dlm pantang...
nanti senang... takdela baby nangis2 taknak susu fomula dlm botol...
tapi tak la salahkan mak... mungkin dulu informasi kurang n terhad...
lagipun mak saya kerja juga... perantau n mgkn belum wujud lg penyusuan eksklusif...

dalam mind saya ni... org yg boleh full BF ni cuma mereka yg tak bekerja...
suri rumah je laaa...
PENYUSUAN EKSKLUSIF... pernah dgr n taktau apa tuuu...
nak harap suami ambil tahu??? heee... dia ikut jee...
suruh beli susu itu... suruh try susu ini... yg tu dia boleh buat...
nak cari informasi kat internet psl BF??
buka mudah.my tau la dia... (jgn maarraaahhh bang)

punya la cetek pengetahuan...
alkisahnya anak sulung saya ni mmg kuat nangis sjk dalam pantang lg...
org tua kata sawan tangis... 2,3 pg bawak pegi tok bomoh
mcm2 pakar kanak2 la kitorang bawa...
ada sorg doktor tu tya saya bg tak susu ibu...
saya cakap la bagi.. campur2 dgn formula...
saya siap cakap... doktor, saya takut nak bg susu badan kat baby...
sebab takut... takut susu badan tu yg sbbkan dia setiap hari tak selesa perut...
siang malam menangis...
heeee.... apa la 'sengal' betul time tuuu!!
siap percaya susu formula penawar berbanding susu ibu
ish..ishh... tak patut betul!

lagi satu... check up kt klinik kerajaan...
mmg nurse... doktor ada sebut suruh bg BF je smpai 6 bln...
tp time tu fikir apa tau...
eh, suka hati laa nk bg susu formula pun... entah2 diorg pun cmpur2...
ingt senang ke nak perah2...
time nk check anak takdela nak bawa susu botol...
takut kena marah dgn nurse...

so... lepas dah besalin... saat nk membesarkan anak pertama tu...
time tu adala singgah2 blog kawan...
dan ada la tersinggah blog junior kt utm dulu...
bila baca psl dia buat full BF... baca artikel2 kt blog dia psl susu ibu...
baru la nmpk sket... tp tak terbuka hati lagi la time tu...

bila dah mengandung anak ke2... pun sama...
ada la baca sket2... tp belum la terbuka hati ni...
tetap dgn pendirian...
SUSAH... RENYAH... LECEHHH...
kalau anak pertama dlm sethn juga la menyusu bdn wpun campur2,
anak ke2 dlm 6 bln jee...
kesian anak2 bila fikir balik... tak dapat sepenuhnya khasiat yg patut diorg dapat!


tp, kedua2 anak lelaki saya pasti dapat kolostrum yg terhasil dari susu ibu...
sbb mmg tak campur lg masa 1-2 mggu selepas kelahiran...
syukur la jugaa...

bila mama pregnt yg ke3 ni... saya dah terfikir2 psl penyusuan eksklusif ni...
dah mula membaca artikel2 berkaitan... blog ibu2 hebat...
dah mulakan bbrp langkah sblm ke arah tu...

oleh kerana anak2 mama dah bising... kena stop la dulu...
doakan niat nak buat penyusuan eksklusif ni berjaya...
n saya tak putus harapan kalau berhadapan cabaran2 nnti...

to my sister yg bakal smbut cahaya mata pertama tahun ni juga...
berilah anakmu yg terbaik... HANYA SUSU IBU...
jgn tunggu anak ke3 cam akuuuu...
(ada org sponsor ke swing harmony breastpump hang?? heeeee....)








SUKE?? Klik Like ^__^

Sunday, July 11, 2010

SEMUA TAK KENA...

harini kandungan dah masuk 35 mggu 3 hari
kalau ikut sblm ni, tak smpai 2 mggu je akan drliver new baby...
sebab tu la semua tak kenaaa....
tak kena???

duduk tak kena... baring tak kena... meniarap tak kena...
nak berdiri dan berjalan, lagi la tak kena...
bukannya tak kena apa... tak selesa....

lama duduk, bila nk start bangun n jalan...
terkengkang-kengkang la menahan skt...
biasala kannn... baru 9 bulan...


eh... bukan komplen or mengeluh...
sekadar berkongsi cerita dan rasa...

tadi sukan tahunan... mak2 buyung dpt la tugas yg perlu duduk2 je...
bwh payung pulak tu... kira ok la...
tp masa nak bgn dari kerusi td, mcm nak terkeluar rasanya baby dlm perut...
jln tersenget-senget... heee...

harap semuanya selamatttt...
kalau nak bersalin mggu dpn pun, dah ready kot...
kot... :))
lgpun, tak sbr nak susukan baby...
dan nak buat secara eksklusif la kali ni...
doakan semuanya berjalan lancar!


SUKE?? Klik Like ^__^

Thursday, July 8, 2010

PLEASE... PLEASE... AWAL LAGI LA SAYANG!!!



*** kekok nk type kt blog ceq niii...lama dah tak berblog***

salam utk semua yg sedang berkunjung kt sini...
nak baca ke tak, terpulang leee...
namapun blog syok sendiri... ha..ha...

sekarang ni kandungan dah masuk 35 mggu...
so, kalau mengikut percaturan saya, dah tak lama la nk smbt org baru...
seminggu 2 lagi kottt... kalau ikut 2 hero yg dok ada la...
37 minggu dh keluar...

yg ke3 ni pulaaaa.... mcm dah tak sabaqqqq pulakkk...
nasib baik la tak jadi keluarr...
kontraksi 2 mnt skali dah rasa, tp tak la kuat sgt...
memaksa mama ni ke O&G HTAR...
dah gitu... kena la tahann...
dok la kat wad 1B

tgk gmbr pun dah agak dah kannn.... nama pun HTAR...
kalo no ada 'A' kt blkg tu, sah2 katil tambahan...
angin??? emmm panas... nsb baik blkg katil tu ada pintu
masuk la gak angin... setakat kipas angin yg ada, hujung kuku pun tak rasa

wad ni penuh memanjang...
1st class ward??? hampehh...
bak kata seorg senior nurse yg sebaya mak saya...
"rugi la cikgu2 dok beranak thn ni... takde 1st class... tutup sementara"
so... nak taknak, dok je la...
tp bg la makan lauk apa pun...
licin ceq belasahhh... kelaparannnnn....
kalau mak ayah dok dekat... boleh la hntr lauk sedap2..
perantau la katakannn...

teringt plak masa dok 1st class dulu...
baru lepas bersalin bbrp jamm... sekali dia maiiiiii...
nasi beriyaniiii...
fuhhh... pantang tak pantang...
makan sket... ha..ha...

yg bersalin hospital private, ok laaa...
laayanan mesti la padan dgn harga yg korang bayar...kannn...kannn..??

tak cerita plak psl apa admit hari tu... :))))
slps 2,3 malam dok rasa kontraksi yg sama, maka pergilah ceq check kt klinik...
n doktor pegi hospital terusss...

kontraksi mmg tak sakit sgt, tp kalau dah 5 mnt skali, dah mcm org cukup bln plakk
dah check, mmg la kena tahannn...
yg tak tahan... ubat dexa....
menggigil gak sakit stp kali kena cucuk...
sakit tuuuu...
ubat tu utk matangkan paru2 baby... in case ada progress...
kalau baby nk keluar gak, at least paru2 baby dah ready laaa...
3 hari di wad, last2 keluar gakkk...
hari ke2 n ke3... takda contraction yg dhsyt...
ha...ha... dah mmg tak sabar dah nk keluar wad...
doktor pun kata...
"bagus la... bagi la baby tu btl2 ready n keluar time yg sepatutnya"

alhamdulillah... maka hari ni ceq telah kembali ke sekolahhh...
wpun sbnrnya bleh mc...
baik la settlekan keje2 yg tertangguh kt sklh...
tp masuk je sklh, menegang je perut...
sakit plak nk jalan... agaknya sbb byk jalan...
naik tangga... n jerit marah kt budak2...

apapun semoga semuanya berakhir dgn baikk...
baby cukup bulann... sihat walafiat... mak n anak...

*** girl or baby boy???***












SUKE?? Klik Like ^__^

Monday, May 17, 2010

RINDUUUU...

rindu sangat nak berblog...
semangat semakin MEMBARA...
cuma tunggu tika dan waktunya!!

tp sempat juga jenguk bbrp blog baru...
rakan2 pun dah semakin ramai jd blogger...
bagi INSPIRASI utk terus berblog!

ada juga bbrp post yg hanya terus akan jadi DRAFT...
ada je mslh... line slow... xdpt publish!
mungkin juga sibuk berFB... 
tp tak sama macam MY OPEN DIARY!!!
BLOG DUNIAKU DUNIAMU...

SUKE?? Klik Like ^__^

Friday, December 11, 2009

CUTI 1 - SYIOKKKSSS!!!

Bestnya dapat tinggal di rumah sendiri...
walaupun tak dapat pindah kannn...
cuti ni dapat la menghabiskan masa di rumah sendiri...
merasa la jugak walaupun sekejap!
dah 2 minggu jugak la kami stay kat sini...
sekarang ni tinggal la kami 4 beranak dalam umah ni...
minggu lepas meriah la sket...
mama,abah, n adik beradik semua stay kt sini...
almaklum... semuanya pendidik!
cuma adik yg kerja di sarawak tu pensyarah poli, cuti tak panjang sgt la....
semua ada kecuali adik bongsu yg masih belajar di manchester university tu!
rumah ni tak le besr sgt... jenis semi -d setingkat ...
ada la tanah kat tepi... kt belakang dah ditmbah dapur...
kalau tak dapur tu secotet je besarnya...
kawasan ni baru lagi... fasa 2... so belum ramai yg stay sini...




jiran pun tak berapa nak ada...



rafiqin sdg menonton...









kena stop la...

SUKE?? Klik Like ^__^
Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute