DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 2433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 yang singgah di blog DUNIAKU DUNIAMU...
Alhamdulillah... masih diberi nafas dan kudrat untuk meneruskan tanggungjawab di muka bumi ini.
Sejak bermulanya persekolahan, makin sibuk la cikgu pija. Dalam kesibukan menguruskan hal persekolahan dan rumah tangga, seronok pula bila berpeluang belajar sesuatu yang baru dalam internet. TAMBAH PENDAPATAN dengan BISNES ONLINE. Terisi juga la masa daripada melayan FB secara sia-sia.
Ok... saya nak kongsi kedua-dua bisnes online yang mula mendatangkan hasilnya :))
Bisnes Jangka masa panjang
Bisnes Droship

Kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri. Kita cerita kemudian ye!

Tujuan sebenar saya menulis entry ini ialah untuk mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua UMAT ISLAM... Dalam kesibukan kita mengejar kesenangan, kemewahan, keseronokkan dunia... semoga kita semua tidak pernah lupa asal-usul kejadian kita... Kita tidak memiliki apa di dunia ini. Semuanya hanya pinjaman... Tidak perlulah kita sombong dengan kekayaan dan kemewahan yg kita miliki di dunia ini.

Dalam pada kita mengejar nikmat dunia, sama ada sedar atau tidak... kadangkala nikmat itu menyebab kita semakin jauh dari landasan hidup seorang mukmin. Saya memperkatakan tentang diri saya sendiri... Astaghfirullahal'azim... Semoga Allah Mengampuni Dosa-dosa dan kelalaian saya di atas kelemahan diri sendiri.

Jika direnungkan... berapa kerapkah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad? Cukupkah hanya dengan berselawat ketika bacaan tahiyat di dalam solat 5 waktu? Adakah kita hafal keseluruhan selawat nabi berbanding lirik lagu kegemaran ?

Sempena kedatangan 12 Rabiulawal 1433H ini, semoga kita dapat tingkatkan kekerapan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w... Allahumma Solliala Saidina Muhammad... Marilah kita memperingati pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan syiar Islam... Mempraktikkan dan mengikut sunnah-sunnah Nabi Muhammad dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah...


Gambar di bawah ni saya edit untuk tampal dalam buku ringkasan mengajar :)



Salam Maulidur Rasul.

p/s : Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yg suka mendengar nasyid dan selawat. Secara tak langsung, kita turut dapat berselawat ke atas nabi sepanjang perjalanan di dalam kereta...  Selawat juga boleh menjadi terapi, Betul tak??? Sebab kita akan rasa tenangggggggg....
SUKE?? Klik Like ^__^

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute