DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!
Showing posts with label DUNIA sahabat. Show all posts
Showing posts with label DUNIA sahabat. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Pelajar Dari Terengganu Tiba-Tiba Boleh Bercakap Bahasa Korea Selepas Terjaga Dari Tidur

 

BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
 
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
 
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
 
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
 
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
 
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
 
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
 
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
 
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
 
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
 
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
 
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
 
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
 
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
 
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
 
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
 
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
 
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
 
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
 
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
 
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
 
Jalani rawatan alternatif
 
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
 
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
 
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
 
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
 
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.
 
Kredit ---> Sumber asal

Belajar cara marketing FB di sini ---> KLIK SINI

SUKE?? Klik Like ^__^

Thursday, November 19, 2009

SYOK BETUL TIME TU...

salam untuk semua pengunjung... + salam 1 Malaysia!!!

semenjak dua menjak ni asyik senyum2 je...
ye laa... penangan facebook (FB) dalam kehidupan hariankuuu...
masa gila frenster (baru hjg thn lepas start), susah betul la jumpa kawan2 sekolah!
*
*
*
ringkas cerita la sebab saya pun sudah mengantukkk...
(it's already 11:20pm)
dalam masa sebulan ni, 'jumpa' la member2 lama...
bila dah jumpa, mula la teringat kenangan doluuu-doluuu...
lovely memories kat S M Teknik Alor Setar (ASTECH)...
teringatlah balik zaman2 sekolah... kawan2 sekelas, seasrama...
tp, saya ni set2 baik la kat sekolah dulu... (he.. puji diri)
cuma baik2 pun, pernah 'fly' jugak!
ramai yg tak tau!!! yg terlibat je tau....
tp kalau org lain (lebih2 lagi la budak2 lelaki) lagi dahsyat!
*
*
*
dan... bila teringat memori ASTECH, makin terasa rindu pada sahabat2 lama...
ada yg masih berhubung, ada yg dah lost contact!
kalau lepas sekolah tak pernah jumpa, most of them... ceq dah lupa nama dah...
ada juga yg hampir tak bertegur ketika di ASTECH, tp menjadi sahabat selepas itu... Irham Abdullah
he... juga kenangan manis!!!
Anis Hafina... hujung2 baru nak rapat kan???
ada juga sorang yg masih saya 'awaiting friend requested'... agaknya dia mmg 'TAKNAK' berhubung lagi kot...
sedangkan... kami lalui byk peristiwa bersama...
*
*
*
nak pendek, dah jadi panjang...

so, nak pendekkan lagi cerita...
belek gambar2 lama zaman sekolah ASTECH (saya bawa ke klang)
dengan rajinnya... saya scan utk di upload kat FB (taktau la bila)
44 keping semuanyaa.... ( gigih betul ambeee)
bila belek2... tatap... rindunya pada sahabat2 baik saya...


norita & me



ilyana & norita



siti mariam @ yumz



linda yg ayu...



with some of my classmates


kt escalator pun jadi...
marjini & azrena (belakang)
me & azimah (depan)
norita (photographer)


dalam dorm...



macam bagus jeee... hii...



dgn classmate gak... dlm dewan


tapi dalam dok belek2 gambar... ternampak di belakang gambar...
(mmg dah lupa)


coretan linda



coretan yumz


coretan azrena


coretan norita a.k.a eta...

klik kt gambar, maka besarlah iaa... jelasla ia...

ni la antara gambar kenangan yg membuatkan saya rindu pada semua kawan2...
(mengantuk nak upload byk2)


norita & ilyana studi sama kat UTM skudai dulu...
wpun course lain2, biasa jadi 'roomate tanpa izin'...
dengan ilyana paling lama...

bilik eta transit / ala2 bilik tumpangan...
tapi... kena sahabat yg dirindui, ilyana @ iel skrg lebih suka menyepi???

siti mariam (upm) & anis (uitm s.alam) pernah dtg jumpa kt UTM...

azrena jumpa di cameron highland tahun 2008...
tapi kita sudah tak semesra dulu... masing2 malu ke???

dan... ramai lagi sahabat yg saya rindu...
masih lost contact!

yang nak sangat jumpa:-

1) semua x-perd ASTECH 98/99
2) semua ASTECH 98/99
3) mohd asri abu bakar - hang pi mana ha???????????
4) semua yang masih sudi bersahabat denganku...






SUKE?? Klik Like ^__^
Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute