DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Tuesday, March 24, 2009

Cikgu berpeluang juga ke??

Adik saya lepasan ijazah Kutkm ( Kej. Pembuatan -biasiswa KPM) baru ni mendapat twrn mengajar di Politeknik di Matang Sarawak... Walaupun jauh (kami di semenanjung), kena trima la kalau bujangkan... Yang menarik perhatian saya, pensyarah di IKM, Poli, IKM, ILP semuanya telah menerima satu skim baru,DH.. Kalau kita sebagai cikgu, skim DG. Start Jan 2008. Setahu saya, pensyarah di institut perguruan masih DG kot...Cuma saya nak tau(saya masih baru dlm bidang perguruan - 4thn), sbb kurang arif... Kita sebagai penjawat awam boleh tak memohon ke jabatan lain mcm POLi ke?? (kalau rasa berkelayakan laa... contohnya ada ijazah yg berkaitan). Ni saya sertakan ttg skim DH ni...

Takrif DH
DH adalah singkatan
Didik Higher
Higher Learning of Institution , Institusi Pengajian Tinggi

Skim DG
Skim lama , DG , iaitu Didik Guru
DG digunakan untuk semua guru sekolah
Universiti menggunakan skim lain untuk pensyarah mereka, DS

Oleh kerana pensyarah politeknik dan pensyarah maktab perguruan tidak
mempunyai taraf pendidikan dan tanggungjawab yang tinggi seperti pensyarah
univeristi maka pensyarah politeknik diberikan gred DG, iaitu gred yang sama
dengan gred untuk semua guru sekolah Kementerian Pelajaran

Skim DG digunakan untuk guru sekolah rendah, guru sekolah menengah
guru sekolah berasrama penuh, pensyarah maktab perguruan dan pensyarah politeknik

Skim IKM dan ILP
Pensyarah di Institut Kemahiran Mara , IKM , dan pengajar di ILP Insitut Latihan Perindustrian
mempunyai skim gaji yang tidak sama dengan skim DG kerana mereka berada dibawah
Badan Berkanun

Tangga DH

Skim DH memberikan angka tunjuk tangga gaji / jawatan yang sama dengan skim lama
Skim lama punyai tangga DG41, DG44, DG48, DG52 dan DG54
Skim baru punyai tangga DH41, DH44, DH48, DH52 dan DH54
Angka tunjuk adalah sama tetapi gaji bulanan tidak sama

Roadshow penerangan
Sehingga Nov 20 pensyarah politeknik belum diberikan
penerangan secara lengkap mengenai skim baru ini

Difahamkan JPA , Jab Perkhidmatan Awam, akan membuat sesi
penerangan melalui roadshow ke politeknik-politeknik sebelum akhir tahun

Pensyarah akan diberi pilihan samada ingin kekal dalam skim DG atau
menerima skim DH

Staf politeknik boleh : MENERIMA atau MENOLAK skim

Menerima skim bererti akan kekal dalam sistem politeknik
Menolak skim akan mengakibatkan pegawai dipindahkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia
Dalam kata lain pegawai akan menjadi guru di sekolah atau pegawai di JPN

Pekeliling akan dikeluarkan oleh JPA

Kenaikan pangkat tidak berasaskan kekosongan jawatan
Dalam skim DH pensyarah boleh meningkatkan tangga gaji dari
DH41 ke DH44 atau ke DH48 dan seterusnya sekiranya prestasi
baik

Sistem DG tidak membenarkan keadaan demikian. Pensyarah yang ditawarkan
jawatan Ketua Jabatan atau Ketua Kursus atau Timbalan Penagarah dan Pengarah sahaja
yang boleh naik tangga gaji dari DG41 ke DG44 atau DG48 dan seterusnya

Skim DH pensyarah boleh naik menjadi DH48 tanpa perlu menjadi Ketua Jabatan
atau Timbalan Pengarah

Jika staf merasakan diri sendiri layak
untuk kenaikan tangga gaji staf adalah diminta mengemukakan
permohonan

Pegawai yang merasakan dirinya layak untuk sesuatu jawatan dikehehendakki
mengemukakan pencalonan pada bila-bila masa sahaja, bukan perlu tunggu
hingga mencapai tahap gaji tertentu sahaja.

Syarat kenaikan pangkat
1 Sah jawatan
2 Capai tahap prestasi
3 PTK lulus
4 Cemerlang perkhidmatan
5 Diperakukan oleh Ketua Jabatan

+ harta isytihar, tapisan BPR, lepasi tempoh minimum perkhidmatan

Penilaian cemerlang perkhidmatan

DH 29-32 32-34 41/42-44 44-48 48-52 52-54
Teras Utama 75 70 65 60 55 50
Sumbangan ———————-semua 10———————————-
Kepimpinan 5 10 15 20 25 30
Pembangunan kerjaya ———————-semua 10 ———————————
……………………………………………………………………………………………………………………
Jumlah 100%
………………………………………………………………………………………………………………………

Tawaran dibuka kepada semua pensyarah politeknik
Guru sekolah teknik yang teknikal perlu pohon ke skim DH jika berminat
Pensyarah politeknik tidak berminat perlu pindah ke sekolah / KPM
sebelum 31 Disember 2007
GSTT akan dilantik pada 1 Jan 2008

E-SIS
Semua pegawai perlu kemaskini maklumat peribadi
di E-SIS selewat-lewatnya pada 31 Okt 2007

40 jam seminggu
Waktu kerja dalam skim DH

Cuti Tahunan
Tiada lagi cuti hujung semester atau mid semester
Setahun cuti 30 hingga 35 hari begantung kepada tempoh perkhidmatan

Tiada Time-based
Tiada lagi konsep kenaikan pangkat secara time-based


SUKE?? Klik Like ^__^

3 comments:

Unknown said...

salam. selamat berkenalan. layari blog saya juga yer

http://nuratikahseman.blogspot.com

missummie said...

Salam pija. nice to noe u..semoga kita dapat bertukar2 idea n pendapat melalui blog ni k..

http://ummihazwani.blogspot.com

KerusiMaLas said...

Al-Hamdulillah...cukup berkat menjadi pendidik..rakan-rakan saya ramai pendidik..

Tahniah Cikgu..

Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute