DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Tuesday, October 27, 2009

JOM SAMA-SAMA RISAU...

sebenarnya hari ni nak bincang psl topik yg serius sket la...
asyik mengarut je... syok sendiri plak tu!
entry ni nmpak NEGATIF je... tp ambilla intipati POSITIF disebaliknya...
hanya suarakan kebimbingan saya akan generasi akan datang... (termasuklah anak2 kita)
apa yg dipaparkan adalah dari pandangan saya ttg kebanyakkannya... BUKAN SEMUA!
*
*
*
semua dah maklum kot... yg saya ni kan seorg guru 
( sekolah rendah)..
so, berhadapan dgn kanak2 lagi.
sekolah saya ni saya kategorikan sebagai sekolah yg 
murid2nya lemah dalam akademik...

sejak dua menjak ni timbul kerisauan yg menebal 
(mmg sblm ni risau gakk)
kenapa???
pasal anak2 kita ni la...
di sekolah saya hampir 100% melayu ( sebenarnya ramai juga yg ibu @ ayah @ dua2 skali adalah dari seberang)... 
kiranya mcm sekolah antarabangsa la! ha... ha...
ye la.. psl mentaliti...disiplin... sikap
sebenarnya saya kesian pada budak2 ni... 
ye la. bukan salah diorg pun...
hidup pada zaman IT la katakannn...  byk cabarannya...
ni topik yg mmg TAK LAPUK ni selalu jadi topik 
guru2 lama @ baru...
jadi bukan hanya saya dok gebang hal2 ni...
*** 
MENTALITI... very low...
apa yg buat saya bimbang??? banyakkkk...
ni citer dalam kelas...  antaranya...
- "cikgu, saya tak bawa buku. malam tadi saya dah letak... bla.. bla..
-  " cikgu, buku hilang!" ( setahun 3,4 kali)
-  tak tau bila cikgu bg 'homework' tu, kena buat kat umah... n bawa utk bincang pd kelas seterusnya.
nak jumpa 2,3 org yg buat pun susah!
-  "cikgu, hari ni nak belajar ke???"
- " cikgu, nak garis tepi??" ... 'cikgu, selang tak?"... 
" cikgu, salin semua ke?"...
inilah antara situasi yg hampir setiap hari kami guru2 di sini selalu berdepan.
buku mmg dah macam belacan...
mungkin bagi anda ni msalah remeh... kalo hampir setiap hari macam ni, remeh ke??
pernah saya tanyakan budak2 ni... ibu bapa ada tak tengok2... 
check buku...
boleh dikatakan TIADA...(bukan semua)
sbb tu tak pernah nk buat homework! 
takde rasa takut, inikan pula kesal...
sebenarnya, byk lagi... berjela-jela kalo nak type semua.
bimbang dengan sikap budak2 ni. pelik pun ada...
sikap ingin bersaing untuk berjaya hampir tiada...
berapa kerat sangat yg ulangkaji pelajaran kalo lagi
seminggu nak periksa!
kadang2, 1/2 jam pertama kelas hanya utk kawal mereka...
marah... mmg wajib! bagi motivasi... buka minda mereka...
cerita itu... cerita ini... nak bagi diorg nampak hidup 
masih panjang...
biar nampak masa dpn!
cikgu nak melangkah keluar je... habis semua! hilang...
bertempik bersorak bila 'line dah clear'...
nak buat apa lagi??? nak menjerit marah???  nak 'angkat tangan' ??
pekakkan telinga, kalo tak darah tinggi  nti!
biar cikgu seterusnya settle...
nak marah... mmg tak habis2... 
*
*
*
kalo bab pengurusan diri plak... sangatla mengecewakan...
cikgu2 tahan bau je...
tp saya kesian gak sorang budak ni...
masa tu hari isnin... saya mmg ajar sorg budak ni face 2 face..
ala2 pemulihan (dlm kelas biasa)
tp tak tahan dgn baunya... baju mmg sure tak basuh...
saya tanya, mak tak basuh baju ke??
dia jawab, "tak... mak cakap sabun takde."

kesian jugak...mmg budak ni 
duit poket pun takde!
*
*
*

crita bab kasut... dah mcm tak rupa kasut!
baju? tudung??
apa crita kalo sanggup berbaring atas lantai...
sanggup tak berkasut dari bilik muzik nak balik kelas...
berlari macam kena kejar lembu... nak lawan siapa sampai dulu!
sanggup berkubang dalam lopak dek kerana semangat PJ 
(padang sure berlopak kalo hujan)
bagus mmg bagus la.. semangat kesukanan... masa belajar takde plak nak pulunnn camtu!
mmg betul kanak2 umur gini sangat aktif... 
tak reti nak jalan... lari... lompat...
hentak kaki kuat2 dan tersengih bila nmpk cikgu dok tengok dia..
jumpa cikgu bukan nk bagi salam... "hai cikgu!"
bercakap dgn cikgu bagaikan bersembang dgn kawan2 dia je...
( yg ni mmg selalu berlaku...diorg mcm tak tau batas kot... 
kena sopan... kena hormat cikgu)
*
*
*
bab disiplin diri...
kena risau la... budak2 ni terlalu terdedah la...
apa yg mereka taktau??? semua dah tersedia tanpaa sekatan...
media massa... teknologi...
anda tak bimbang ke kalau berlaku kes2 ni disekolah...
- tulis, lukis gmbr, isyarat lucah... chit chat lucah (balas2 surat)...
mana diorg belajar ye???
bila diselidik... mereka pernah menonton vcd lucah abang punya, ayah punya...
sebab tu la suruh eja 'twenty' pun tak betul, tp nak tulis tut..tut... tut..tut...tutttttt...(mmg kena banned la)
tau plak dia... (siap ada tulis bunyi-bunyian...)
budak ni mmg slow... mmg dia tak tau apa dia buat tu TAK ELOK, TAK SOPAN...
ada juga kes bila tanya ibu bapa, ayat camni keluar...
"betul cikgu... saya simpan elok2 vcd tu... anak saya takkan jumpa!"
dah sah2 mak ayah dia pun tengok... dah tinggal 1 rumah, belek2 lama2 jumpa la!
IBU BAPA...TOLONG PANTAU ANAK2 ANDA!!!
bab vcd lucah ni, mmg byk kes... 
djh 2,3 pun tau... siap bawa ke sekolah pun ada...
*
*
yg tak bestnya... ada crita (sekolah tu sgt dekat je...)
jumpa 2 budak lelaki darjah 5.. bertelanjang bulat...  
dlm tandas...
buat apa??? nak cerita pun malu...
paham2 sendiri la... lelaki sama lelaki...
bila tanya, tengok kawan sekolah menengah...
buat camtu... diorg pun buat la..!
@#$%%^&*@
-seorg murid perempuan... dah pernah 'buat' dgn abg angkat...
ni murid sekolah rendah tau!!!
bukan nk membuka aib... cuba fikirla... takut tak??? bimbang tak???
*
*
*

bercintan-cintun... biasa la tu! sinetron kan byk...  
gadoh sbb nak rebut pakwe makwe...
apa nak kata???

*
*
*
mmg benda NEGATIF je saya type kann... kalo benda +ve, takde la saya cakap yg saya bimbang!
anak2 saya masih kecil... saya terfikir, macamana mereka nanti...
membesar dalam alam siber... zaman open minded... zaman penuh cabaran!
kita dulu pun sekolah... kenapa tak macam tu???
setiap hari berhadapan dengan suasana yg sama...
cikgu pun dilayan seperti'kawan2 dia je....'
mana hilang santunnya... (subjek sivik pun dah ada!)
*
*
*
tapi sebagai guru, kenalah ingat... tanggungjawab kita sebagai pendidik...
bukannya asyik nak hayun rotan je! dah kena report polis baru nak gelabah...
yang ni lagi satu... kita kena la tunjukkan contoh yg baik pada mereka...
cikgu pun suka mengelat!!! (time mengajar bwk budak menonton video)
senang la keje! budak2 kan belajar dari persekitarannya... dah cikgu pun buat!
*
*
*
masalah disiplin murid...
bila dok selidik2....
kebanyakkan budak2 bermasalah ni dtg dari keluarga yg bermasalah juga!
SALAH SIAPA???
baca ni...

Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata ibu bapa serta orang-orang di sekelilingnya sentiasa di dalam pemerhatian anak-anak tanpa kita sedari.
Gaya didikan ibu bapa dan persekitaran rumah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap awal anak-anak. Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.
Nilai-nilai yang terbentuk sejak awal tidak mudah untuk diubah melainkan jika ibu bapa menerapkan nilai-nilai ini setiap hari secara konsisten melalui aktiviti harian biasa. Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama anak-anak. Tugas ini tidak boleh diambil alih oleh sesiapa pun.

Dan sebagai manusia biasa,saya tidak terlepas dari perasaan marahhh....

tapi, kena kawallah... kalau tak dah lama muka saya terpampang kat akhbar kot!
tahun pertama menjadi seorang guru, mmg susah nak kawal perasaan marah...
bising sikit.... marah... melenting! tgn pun sama naik...
saya plak masih belum ada anak masa tu.(org kata kalau kita ada anak kita lebih memahami kanak2 ni)
jadi tension je bila dtg sekolah... dengan tekanan pihak sekolah... mau tak melenting...
tp makin lama, saya lebih memahami murid2 saya ni...
barulah faham sket dgn pelbagai perwatakan anak2 kecil ni...
merka juga tidak sunyi dari perasaan hiba.... melalui kasih sayang, belaian dan cara komunikasi yg berkesan dapat meneguhkan perwatakannya.
***
sebagai seorang guru, kami boleh 'membaca' dan mengagak sama ada suasana kanak-kanak itu dibesarkan dalam suasana yg baik dengan segala keperluannya dipenuhi atau samada kanak-kanak itu datang dari keluarga yang kurang sejahtera, serba kekurangan yang memungkinkan tidak banyak keperluannya dipenuhi.
So,bg mereka yg suka marah2 ni, ni ada tips sket....
-Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.
-tegurlah dgn lembut dan kasih sayang.
-apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, so... duduklah... sekiranya duduk, maka bersandarlah... insyaAllah kemarahan akan reda... 

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  • (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  • (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  • (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  • (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  • (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  • (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  • (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  • (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
  • (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
*
*
*
so,berbalik kepada isu generasi akan datang ni...
tak kiralah anda ibu bapa ke,cikgu ke... kena sama2 jalankan kewajipan kita dengan sempurna...
ingatlah semua amanah yg diberi ini kelak akan dihisab... 
ingatlah - setiap kelemahan dan kekurangan adalah ujian buat kita!
~TERPAKSA STOP SEKARANG~





SUKE?? Klik Like ^__^

2 comments:

Unknown said...

menarik post nie.. sekali sekala kiter mmg hari post2 n3 yg berguna utk dijadikan panduan kiter nie.. huhu kiter pun setuju yg menjadi seorang guru bukan senang.. dan betul pucuk pangkal sesuatu atau seseorang perangai tue lahir dari keluarga die sendiri.. klu keluarga tunjuk bende yg baik akan jadi yg baik.. betul tak.. mudah2han isu 2 sebegini dapat dibendung dgn awal lagi.. kena berkerjasama antara semua pihak..

mamaarifakeemaisy said...

hemmm turut sama jd risau n terfikir jugak bila baca awk nyer luahan ni, sumenye betul..bimbang kan, apa akan jadi dgn generasi sekarang dn akan datang, sume dh terover 'open'..terlalu advance..
beratkan tanggungjawab cikgu ni..huhu..

Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute