DUNIAKU DUNIAMU

Penulis sekadar berkongsi cerita kehidupan, luahan rasa, perkongsian idea dan isu... amatlah tidak sesuai utk rujukan profesional... untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isu, rujuk yang lebih pakar ^____^
HARAP MAKLUM

Followers

***SALAM ZIARAH***SALAM PERKENALAN***JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!!

Tuesday, November 3, 2009

JEMBALANG PUN TAK TAHAN!

salam semua...
nak tanya pada para isteri...
anda semua jenis yang kuat berleter tak???
ala, kalau berleter sikit2, takpela....
kalau dah over pok...pret... pok prett.... tensen juga orang yang mendengarnya!
kalau saya nak menilai diri sendiri... 
emmm.... saya kategori TIDAK! he, sikit2 ada la kot...
nanti saya tanya suami saya ek...
kalau berleter kat murid2, mungkin la agak lebih...
tapi saya kategorikan sebagai NASIHAT dan MOTIVASI...
rasanya, nada kita nak 'berceramah' tu kot yg membezakan 'leteran' or 'ingatan'...
*
*
*
cerita bab berleter, saya nak kongsikan satu cerita ttg isteri yang kuat berleter kat suaminya...
jom kita baca!
***
**
*
Ada seorg suami yg hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat 1/2 jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana da tak tahan dgn leteran isterinya, si suami berjumpa dgn Hj.
Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dgn warak & kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila di ceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni
tersenyum & bagitau pd si suami.

'Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?'

'Betoi haji. Saya minta tolong sgt pd pak haji ni'.

'Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq
lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dlm 1 lubang yg dlm..'

'Itu saja ke haji?'

'Itu saja. Hang pi buatlah apa yg aku suruh. Tapi hang jgn menyesal di
kemudian hari.'

'Terima kasihlah haji, tgklah nanti mcm mana'.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

'Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewatsgt. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau,merayau. Cubalah ingat sikit org kat rumah ni.'

Oleh kerana tak tertahan dgn leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad
nak buat apa yg Hj. Ahmad ajar pd dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg di beri oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya
pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, 'Ni buat-buat baik ni
adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yg konon-konon buat baik ni'.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si
suami pun angkat si isteri ni tadi & bawa ke belakang rumah. Di sana ada
sebuah perigi buta yg dah 20 thn tak di gunakan. Sampai kat perigi buta tu,
si suami ni pun terus campak isterinya ke dlm. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada org berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada org berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pd leteran
isterinya. Dia da mula rasa gelisah. Sepjg hari tu asyik teringat aje pd
isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri
dia. Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj.
Ahmad.

'Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Blh tak saya
dptkan balik isteri saya tu?'.

'Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jgn menyesal.
Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tak. Tapi hang blh pi cuba. Mlm ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang. Hang campaktali tu masuk ke dlm lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.'

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali pjg & terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yg lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dlm
perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia
naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya
keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke 2. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi
usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. 'Dah mati ke bini aku
ni?'

Si suami cuba buat kali yg ke 3. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila di tarik
tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas
habis tali tu di tarik ke atas, yg keluar dari perigi tu bukan isterinya
tapi 1 jembalang yg berbulu amat lebat.

'Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!'

Jawab si jembalang tu, 'Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku
duduk kat sini. Tapi sejak bini kau dtg,aku jadi tak senang duduk.
Hari-hari, pagi, ptg, siang, mlm asyik berleter, berleter, berleter. Aku
sampai naik berbulu 1 badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah'.



jangan tensen2 kak!

he... macamana??? nak berleter lagi ke???
JEMBALANG PUN TAK TAHAN!
takpe... berleter la kalau anda rasa perlu... 
tp, ada beza leteran yg berhikmah dari berleter yg sia2...
ha, tu kita kena sama2 belajar la ye!
kalau lelaki kuat berleter... macamana la orangnya ye!



~Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung 
sehingga ia mula bercakap kosong~
*
*
*
dan... lebih baik diam, sebab...
********
~ DIAM ITU LEBIH BAIK DARI MERAPU!~
sumber : emel
 


SUKE?? Klik Like ^__^

1 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Hehehe..lawak aaa...mmg tak tahan kalo asyik kena leter je..ada pengalaman, taktahan dgr mak berleter time tecik2 dulu..huhu..rasanya kite bkn dlm golongan kuat leter kot..DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA2.. hehe..

Blog Widget by LinkWithin
DUNIAKU DUNIAMU © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute